PELAKON baharu, Atikah Suhaime mengatakan kekasihnya menyokong kerjayanya dalam bidang seni dan buat masa ini mereka belum terfikir soal mendirikan rumahtangga kerana masing-masing mahu fokus dengan kerjaya.
“Buat masa sekarang, belum terfikir soal nak kahwin, tapi siapa tahu rezeki itu macam mana. Kalau boleh kami berdua nak stabilkan kerjaya dahulu.
“Kekasih sangat memberi sokongan dengan apa saya lakukan sekarang. Kami berdua ingin fokus dengan kerjaya dahulu baru fikir soal lain,” katanya di majlis tayangan filem Kipidap Selamatkan Hari Jadi.
Dalam filem tersebut Atikah memegang watak utama dan bergandingan bersama Hafreez Adam manakala Ayahanda Rani Kulup turut muncul selaku penampilan khas.
Dalam pada itu, Atikah turut mengucapkan tahniah kepada Ammar Alfian yang telah selamat mendirikan rumahtangga. Dia dan Ammar pernah digosipkan bercinta, satu masa dahulu. – MYNEWSHUB.CC