Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Imigresen Sarawak Tahan 40...

KUCHING - Jabatan Imigresen menahan 40 lelaki Indonesia yang disyaki berada dalam negara...

Pasangan Pingat Perak Rio...

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong menepati status...

Satu Lorong Di Jambatan...

GEORGE TOWN -  Jambatan Pulau Pinang akan melaksanakan penutupan lorong dan lencongan trafik...

Malaysia Umum Resolusi Pada...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan resolusi Malaysia...

Isteri Simpan Mayat Suami Selama 6 Minggu Kerana Sayang

SEORANG wanita yang tidak mahu berpisah dengan suaminya yang telah meninggal dunia, sanggup menyimpan mayat lelaki itu dalam caravan selama enam minggu.

Mayat Richard Roland Brown, 69,  telah disembunyikan di dalam caravan itu lebih sebulan, selepas dia meninggal dunia pada sambutan tahun baharu lalu.

Perbuatan itu terbongkar pada 9 Februari lalu selepas polis mengunjungi caravan itu di Beechdown Park, Totnes Road, Paignton dekat London.

Wanita Inggeris berkenaan, Suzanne, 43, memberitahu polis bahawa suaminya menghidap Parkinson dan dirawat di sebuah pusat jagaan di Torquay.

Dia bagaimanapun enggan menyatakan secara spesifik tempat rawatan terbabit.


Apabila polis enggan meninggalkan tempat tersebut barulah Suzanne memberitahu di mana mayat suaminya disembunyikan.

Richard, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Britain disifatkan oleh keluarganya sebagai seorang yang menyayang dan mengambil berat terhadap orang lain.

Dia bekerja sebagai pemandu bot di Torbay. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori