AMMAN – Sekurang-kurangnya 14 jemaah umrah Palestin terbunuh dan 36 yang lain cedera apabila bas mereka terbalik di selatan Jordan berhampiran sempadan Arab Saudi semalam, kata perkhidmatan kecemasan.
Pegawai pertahanan awam Jordan berkata, pemandu bas hilang kawalan kira-kira 320 kilometer di selatan Amman dan khuatir jumlah korban mungkin meningkat akibat keadaan sebahagiannya yang cedera teruk.
Difahamkan kumpulan itu menuju ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah, ibadat yang menarik jutaan umat Islam di seluruh dunia selain haji. – AFP