Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kurang Ajar Lagi Dengan...

Satu klip video yang viral di laman sosial Facebook menunjukkan seorang datuk yang...

Nilai Semula Akta Tandatangan...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta menilai semula Akta Tandatangan...

Longgokan Sampah Cemari Sungai...

BUTTERWORTH - Aspek kesihatan penduduk Permatang Pauh diabaikan kerajaan negeri pakatan pembangkang Pulau...

Tony Abbott Berdamai Dengan...

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengutarakan perdamaian semalam selepas bercakap dengan...

NGO Buat Laporan SPRM Isu Rumah ‘Murah’ Lim Guan Eng

GEORGE TOWN – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berhubung isu pembelian rumah ‘murahnya’ di Jalan Pinhorn di sini.

Setiausaha Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, Muhsin Abdul Latheef, berkata pihaknya sudah menyerahkan semua maklumat mengenai isu pembelian rumah Guan Eng itu kepada SPRM untuk tindakan lebih lanjut.

“Kita berharap siasatan akan dapat dijalankan dengan segera,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat SPRM negeri di sini, pada Jumaat.

Semalam, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, dilapor meminta SPRM menyiasat Guan Eng berhubung isu pembelian rumah bernombor 25 di Jalan Pinhorn yang didakwa dibeli pada harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

Baca: DAP Malu Besar Skandal Hartanah LGE Didedah Di Parlimen

Di Butterworth, Seberang Perai Utara, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan membuat laporan polis terhadap Guan Eng mengenai isu yang sama.


Cheng Guan yang juga Konsul Kehormat Nepal di Pulau Pinang, sudah menyerahkan dokumen mengandungi maklumat berkaitan penjualan rumah berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan.

“Dokumen ini ditinggalkan di luar pejabat Konsul Nepal dekat Perai, jam 5 petang semalam. Saya sudah menyerahkan dokumen ini kepada polis untuk siasatan,” katanya. – Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori