Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PFA Diberi Seminggu Rayu...

PETALING JAYA - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi tempoh seminggu kepada Persatuan...

Video: Sesi Dialog Kecoh,...

MUNGKIN figura ini berjaya menawan Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum yang...

Kasut Converse Paling Canggih...

PENGGEMAR kasut berjenama Conserve bakal di’saji’kan dengan sesuatu yang luar biasa tahun ini...

Dicabul Bomoh Mengaku Ustaz

SUBANG JAYA – Hasrat seorang eksekutif mendapatkan rawatan tradisional bagi penyakit misteri yang...

Al-Ikhsan Beri Penjelasan Isu Label Harga Bertindih Di UNISZA

GAMBAR tag label harga yang mendakwa premis Al-Ikhsan telah menipu pelanggan dalam jualan penghabisan stok di UNISZA tersebar luas menerusi media sosial.

Ia menjadi viral setelah pada Rabu (16 Mac), Al-Ikhsan didakwa kononnya menjual kasut jenama Adidas pada harga asal meskipun tertera di tag harga diskaun 50% telah diberikan.

lol

Akibatnya, gambar label harga itu tersebar meluas di media sosial dan sesetengah netizen yang mudah terpengaruh mula menggelar Al-Ikhsan sebagai cuba menipu pelanggan.

Maka tidak sampai 22 jam yang lalu, pihak pengurusan Al-Ikhsan menerusi laman Facebook rasmi mereka tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

cool

“Untuk pengetahuan semua, pihak Al-Ikhsan telah menampal semula tag harga dengan menggunakan sticker berwarna ungu mengikut harga asal (RM260) dan diskaun (50%).


“Ini bagi memudahkan pelanggan mengetahui harga asal dan potongan harga yang diberikan. Harga yang tertera di sticker asal (putih) adalah RM130 di mana ianya adalah harga selepas diskaun,” jelas kenyataan itu.

Dalam penjelasan itu, turut disertakan gambar yang menunjukkan bukti kasut jenama Adidas yang dibawa oleh Al-Ikhsan adalah asli dan dimport dari pengedar yang sah.

Justeru, Al-Ikhsan turut menasihatkan, mana-mana pelanggan yang mempunyai keraguan dengan barangan jualan mereka bolehlah menghubungi mereka secara terus berbanding memviralkan di media sosial kerana tindakan itu boleh menjatuhkan nama baik syarikatnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori