Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Biden Kekal Tidak Sokong...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi pendirian tidak akan menyokong...

Menyorok 3 Jam Bawah...

BIARPUN kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia adalah China, namun negara itu sebenar...

Jawatan Anwar Sebagai Penasihat...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Seorang Anggota FRU Seremban...

SEREMBAN – Seorang anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Seremban maut dalam kemalangan...

MTUC Cadang Pekerja Setuju Kurangkan 3% Isi Borang Khas

PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan pekerja yang bersetuju untuk mengurangkan 3 peratus daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mengisi borang khas.

Pemangku Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata peraturan yang mensyaratkan pekerja yang mahu mengekalkan caruman sebanyak 11 peratus perlu mengisi borang KWSP17A (Khas2016) adalah menyulitkan golongan pekerja.

Katanya hasil kajian MTUC mendapati majoriti pekerja tidak bersetuju dengan  pengurangan caruman KWSP sebanyak tiga peratus apatah lagi memaksa pekerja mengisi borang khas jika mahu mengekalkan caruman masing-masing.

Bercakap kepada pemberita selepas menghantar memorandum mengenai perkara berkenaan di Kementerian Kewangan di sini, hari ini, Abdullah Sani berkata pengurangan caruman KWSP akan merugikan pekerja sektor swasta yang hanya mengharapkan wang berkenaan sebagai simpanan tanpa pencen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan lepas mengumumkan kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan sebanyak 3 peratus bermula Mac sehingga Disember 2017.


Bagaimanapun, kadar caruman majikan dikekalkan.

Langkah tersebut dijangka meningkatkan perbelanjaan pengguna sehingga RM8 bilion setahun dan mampu merancakkan ekonomi negara selain menguatkan kembali nilai ringgit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori