ANAK jati kelahiran Kelantan Izzue Islam atau nama sebenar beliau Muhammad Izzul Islam Mazlan bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan.
Malah beliau kini mula mengorak satu lagi langkah apabila menceburi bidang perniagaan.
Izzue Islam, 26, bersama isterinya Nurinafilah Waharudin (Awin), 32, kini sibuk menguruskan label pakaian mereka sendiri.
Perniagaan berasaskan jubah lelaki dan wanita yang diberi nama izzuexclusive.
Menurut Izzue kepada sebuah portal akhbar, jenama tersebut adalah idea beliau dan hasil perbincangan bersama isteri serta pereka.
Baginya, jubah tidak lagi pakaian yang hanya dipakai pada hari raya tetapi sudah menjadi pakaian harian. Beliau bersyukur diatas sambutan yang diterima.
Menurut ahli kumpulan Forteen ini, buat masa sekarang, beliau hanya memfokuskan jualan melalui atas talian dan karnival-karnival yang disertai.
Selain sibuk dengan perniagaan online, menurut sumber dari portal akhbar tersebut, Izzue juga telah meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Bagi Izzue, dia percaya bahawa pengarah dan produksi tempatan memahami tuntutan-tuntutan sedemikian apabila diutarakan oleh mana-mana pelakon baik lelaki mahupun wanita.
“Pada saya tak jadi saya masalah atau sesuatu yang pelik. Malah pengarah dan pelakon juga faham dan ia secara tidak langsung memberi sudut kreatif buat pelakon dan pengarah menterjemahkan sesuatu babak tanpa bersentuhan,†jelas Izzue kepada sumber akhbar tersebut.
Baginya, syarat yang dikemukan itu tidak menghalang beliau untuk mendapat tawaran-tawaran berlakon dari produksi tempatan.
Beliau yang bakal muncul menerusi drama ‘Patah Sebelah Sayap‘ bersama Ummi Nazeera dan Aeril Zafril, yang akan ditayangkan di slot Samarinda, TV3, serta beberapa lagi tawaran dari stesen televisyen tempatan. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Q3cXnGKoeuw]