Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bayi Meninggal Dunia Dipercayai...

TAIPING - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia di Hospital Taiping...

Video ‘British Accent’ Kena...

BARU sahaja selesai majlis pertunangannya bersama dengan pilihan hati pada awal bulan lalu,...

Luna Maya Temui Pengganti...

MUNGKIN ramai yang belum tahu pengacara dan pelakon popular negara seberang, Luna Maya...

BN Lancar Manifesto Bagi...

BUKIT MERTAJAM - Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya...

Video: Netizen Kecam Media UK Lapor Malaysia Tak Beri Hak LGBT

TINDAKAN laman Facebook Channel 4 News (media UK) yang mengatakan Malaysia merupakan antara negara paling teruk dalam memberikan hak asasi kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bagi Muslim di Malaysia menerima kecaman netizen.

Menerusi video bertajuk ‘This is what strict Sharia Law looks like’ (inilah apa yang dikatakan undang-undang syariah Islam) yang dimuat naik, ia memaparkan bagaimana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan serbuan di beberapa lokasi ‘panas’ yang sering dijadikan tumpuan aktiviti maksiat.


Video: This is what strict Sharia Law looks… oleh mynewshub

Di ruangan komen, netizen yang terdiri daripada pelbagai negara memberikan pandangan berbeza berkenaan isu yang dimainkan.

Pemilik akaun, Mohd. Farhan Ahmad yang membuat perkongsian di halaman Facebooknya menyifatkan video laporan Channel 4 News itu sebagai jahil.

“Apa ke bodoh menatang wartawan UK ni?” tulisnya menerusi status bersama pautan media tersebut.

Sementara itu, menurut Jamilah yang meninggalkan komen di situ turut mempersoalkan liputan yang dilakukan oleh media tersebut.


“Kenapa lah orang luar pula nak sibuk urusan Malaysia, sudah lah pasal LGBT!” katanya.

Syamil Abd. Hamid berkata, dia sebagai rakyat Malaysia dan tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.

“Kita mempunyai budaya dan tradisi kita sendiri. Ia adalah mengenai kehormatan dan maruah. Barat, jangan memberitahu kita apa yang perlu dilakukan lah. Tolonglah,” tulisnya.

Terdahulu, wartawan Channel 4 News, Marcel Theroux, mengulas mengenai tindakan ketat yang diambil pihak berkuasa Malaysia dalam melaksanakan undang-undang syariah.

“Inilah undang-undang Syariah yang ketat. Transgender Islam di Malaysia sentiasa menempuh detik sukar apabila berhadapan pihak berkuasa agama di negara ini,” lapornya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori