Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

2,286 Kes Keganasan Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,286 kes keganasan rumah tangga direkodkan dari 2013 sehingga...

Hampir 100,000 Graduan Dibantu...

KUALA LUMPUR - Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berjaya memperkasakan siswazah dengan kemahiran...

Soalan ‘Mimpi Basah’ Wanita...

BIASANYA kaum lelaki yang baru memasuki fasa akil baligh sahaja akan mengalami 'mimpi...

Nurul Izzah Minta JPP...

BUKIT MERTAJAM - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat...

Rakyat Selangor Disaran Patuhi Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah

SABAK BERNAM – Semua rakyat Selangor diminta mematuhi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya sentiasa berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata baginda juga meminta supaya semua umat Islam di negeri itu tidak terpengaruh dengan ajaran Syiah dan fahaman Wahabi.

“Pentadbiran kerajaan Selangor dan umat Islam di negeri ini tetap berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di beberapa tempat dalam daerah ini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media sosial mengenai titah Sultan Selangor yang dikatakan meminta kerajaan Selangor membuat perjanjian rasmi dengan sebuah universiti antarabangsa dari Asia Barat bagi memastikan pengurusannya tidak menyebar ajaran Syiah dan fahaman Wahabi di negeri ini.

Media sosial melaporkan titah baginda dikatakan disampaikan menerusi satu surat bertarikh 11 Mac lepas, yang meminta kerajaan di bawah pentadbiran Mohamed Azmin memastikan rakyat Selangor tidak terpengaruh dengan ajaran dan fahaman lain kecuali Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurut laporan itu, baginda dikatakan turut bertitah sekiranya universiti antarabangsa itu diketahui melanggar perjanjian berkenaan, kerajaan negeri berhak menarik balik lesen dan tanah selain tidak membenarkan sesi pengajian diteruskan.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada kerajaan negeri mengadakan pertemuan dan menandatangani perjanjian dengan pihak universiti berkenaan, Mohamed Azmin enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Veteran UMNO Malaysia meminta kerajaan Selangor supaya mengenakan syarat kepada universiti itu agar tidak mengajar ajaran fahaman Wahabi dan Syiah.


Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata sekiranya pihak universiti itu gagal mematuhi syarat berkenaan, kerajaan Selangor perlu melaksanakan titah Sultan Selangor supaya menarik balik tanah yang diluluskan kepada pihak berkenaan untuk membina kampus.

“Veteran amat terharu dengan kepekaan baginda dalam memelihara ajaran Ahli Sunnah Waljamaah di Selangor.

“Pihak kami mendapat tahu mengenai titah Sultan Selangor ini menerusi surat yang dihantar baginda kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru-ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapha berkata Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) perlu menyenarai hitam semua penceramah Wahabi dan mengharamkan mereka berceramah di Selangor seperti dilaksanakan Majlis Agama Islam Johor.

Pihaknya yakin tindakan tegas tanpa kompromi MAIS mampu membendung pengaruh ajaran Wahabi dan Syiah daripada berkembang di Selangor demi penyatuan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori