MOSCOW – Sebuah pesawat Boeing yang membawa 55 penumpang terhempas di Rostov-on-Don, selatan Russia hari ini, kata pegawai tempatan.
“Pesawat yang membawa 55 penumpang dan empat atau lima anak kapal, berlepas dari Dubai dan terhempas di kawasan tanah lapangan terbang di Rostov-on-Don,” kata jurucakap Kementerian Kecemasan Tempatan, Marina Kostioukova.
“Buat masa ini kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa,” katanya. – AFP