Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Isteri Curang Berzina Melekat...

SEORANG lelaki mempunyai cara tersendiri untuk menangkap isterinya yang curang, iaitu dengan menggunakan...

Lebih 40,000 Hilang Pekerjaan

KUALA LUMPUR - Sejumlah 40,680 kes hilang pekerjaan direkodkan dalam negara setakat bulan...

Siasatan Kes Pelajar Tahfiz...

JOHOR BAHRU – Polis akan meneruskan kertas siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar...

Pandang Positif Penambahan 1...

TAWAU - Cadangan penambahan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu bagi Parlimen...

Guan Eng Diminta Jawab Tuduhan Isu Rumah Banglo Murah

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng, diminta menjawab tuduhan berhubung isu pembelian banglo ‘harga murah’ dua tingkat di Jalan Pinhorn dekat sini, sekiranya yakin berada di pihak yang benar.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata Guan Eng tidak perlu terlalu ‘melodramatik’ dengan ajak Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, bersemuka bagi menjelaskan isu itu.

Abdul Rahman malah berkata, Guan Eng perlu berani dan tegas meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap tuduhan tersebut dengan segera.

“Kalau benar tuduhan itu tidak berasas, Guan Eng patut minta siasatan segera dijalankan seperti mana yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meminta SPRM menyiasatnya (berhubung tuduhan rasuah).

“Tindakan Guan Eng itu mahu bertemu Shabudin jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kelompok UMNO Bahagian Tanjong di sini, pagi Sabtu.

Pada Khamis, Shabudin meminta SPRM menyiasat Guan Eng berhubung isu pembelian rumah bernombor 25 di Jalan Pinhorn di sini yang didakwa dibeli pada harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

Susulan itu, Guan Eng pada Jumaat, berdalih mencabar Shabudin untuk mengadakan pertemuan terbuka dengannya di KOMTAR jam 11 pagi Ahad, konon bagi membincangkan isu berkenaan.


Sementara itu di KOTA KINABALU, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Guan Eng patut membenarkan SPRM menyiasat isu pembelian rumahnya jika mahu membela diri.

“Ia adalah jalan terbaik daripada buat sidang media mengenai isu berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Santai bersama mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Bankuasi UMS di sini.

Yang turut hadir Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Mohd Taufik Nordin. – Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori