Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelarian Syria Ada 4...

BERLIN - Seorang pelarian Syria yang ada empat isteri dan 23 anak telah...

Amanah Bertanding Enam Kerusi...

JOHOR BAHRU : Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka bertanding enam kerusi Parlimen di...

Ronaldinho Akhirnya Ucapkan Selamat...

RONALDHINDO secara rasminya bersara sebagai pemain. Bintang legenda Brazil itu mahu menggantung butnya dan...

Pindaan 2 Akta Bukan...

PUTRAJAYA - Cadangan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Suruhanjaya Komunikasi...

Adenan Umum Calon Balingan, Tellian Dan Dalat

MUKAH – Walikota Majlis Daerah Dalat dan Mukah Abdul Yakub Arbi hari ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian pada pilihan raya negeri ke-11 tidak lama lagi.

Abdul Yakub, 56, menggantikan penyandang kerusi berkenaan, Yussibnosh Balo, yang akan bertanding bagi kerusi DUN Tellian, satu daripada 11 kerusi baharu yang diwujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak.

Selain itu, Pengerusi BN Sarawak yang juga Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem turut mengumumkan ADUN Dalat yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah akan kekal mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya itu.

“Mereka ini dalam pasukan Adenan dan akan menggunakan lambang BN pada pilihan raya itu nanti,” katanya sambil meminta pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut untuk memberi sokongan mereka kepada trio daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu.

Adenan, yang membuat pengumuman itu pada majlis perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Mukah di sini, mengingatkan penyokong BN Sarawak supaya tidak leka dan mengambil mudah PRN11 itu dengan menganggap BN akan memenanginya walaupun mereka tidak turun mengundi.

“Saya tidak mahu anda leka. Turunlah mengundi beramai-ramai dan gunakan kuasa yang ada untuk menentukan kepimpinan kerajaan negeri nanti,” katanya.

Berdasarkan jumlah mereka yang hadir ke Program Sejiwa Senada di hampir keseluruhan bahagian di negeri itu sehingga kini, beliau yakin BN Sarawak tiada masalah untuk memenangi PRN11 itu.


Adenan turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membuat keputusan ke atas cadangan untuk mengurangkan kadar cukai pintu kediaman pada mesyuarat kabinet negeri tidak lama lagi.

Ini katanya bagi membantu rakyat di negeri itu dalam menghadapi beban kos kehidupan yang tinggi pada masa ini.

Program Sejiwa Senada Bahagian Mukah itu dihadiri lebih 45,000 penduduk dari kawasan Mukah, Dalat dan Balingian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori