Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

6 Cedera Letupan Bom...

PATTANI - Dalam siri letupan bom di selatan Thailand, enam orang cedera apabila...

Nik Aziz Banyak Mencorak...

PUTRAJAYA - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah banyak mencorakkan lanskap politik...

“Tak Tahu Macam Mana...

AMBOI seronok betul pelakon cantik, Elfira Loy beli-belah alat solek di Los Angeles! "Saya...

Syarikat Utiliti Tidak Dibenarkan...

KUALA LUMPUR - Mulai tahun ini, syarikat utiliti tidak lagi dibenarkan membuat kerja-kerja...

SPRM Tahan Pegawai Kanan Seleweng Dana RM100 Juta

PUTRAJAYA – Seorang setiausaha bahagian sebuah kementerian ditahan semalam selepas disyaki terlibat mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.

Turut ditahan bersama pegawai kanan berusia 56 tahun itu ialah tujuh lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya merupakan kontraktor syarikat penganjuran acara.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata kesemua suspek berusia antara 28 dan 56 tahun itu ditahan dalam operasi, Ops Tiris di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang yang dijalankan sejak Khamis lalu.

“Modus operandi sindiket yang dipercayai bergiat aktif sejak 2010 itu ialah dengan menggunakan suspek untuk mengarahkan bahagian kewangan agensi di kementerian membuat bayaran kepada 14 syarikat bagi tujuan menjayakan program berkaitan acara sukan.

“Tiada tuntutan dikemukakan oleh syarikat yang sebenarnya dikendalikan oleh anggota sindiket terbabit kepada agensi berkenaan tetapi pegawai kanan tersebut memainkan peranan memastikan bayaran dibuat kepada syarikat terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azam berkata suspek lelaki yang mula memegang jawatan itu sejak 2008 didapati menerima pelbagai imbuhan daripada kontraktor tersebut dalam bentuk kewangan dan fasiliti seperti dua buah rumah, 12 kereta mewah, 40 beg tangan berjenama, pembayaran insurans dan unit amanah bernilai jutaan ringgit serta pemberian kad kredit.

Beliau berkata pegawai kanan itu juga menjalani gaya hidup mewah dengan memiliki peralatan dan hiasan bilik tidur berjenama, barang kemas, jam tangan dan beg tangan yang mana ada barangan tersebut berharga antara 60,000 dan RM600,000.


Pegawai yang mempunyai dua orang anak itu juga didapati kerap berkunjung ke luar negara bersama keluarga menggunakan penerbangan kelas pertama dengan kos kira-kira RM80,000 seorang.

Azam berkata siasatan awal mendapati jumlah keseluruhan habuan yang diterima suspek ialah RM20 juta termasuk RM8.33 juta baki wang di dalam akaun miliknya yang kini dibekukan.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan juga kesalahan penggubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori