Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Remaja Jual Dara Pada...

REMAJA ini, Aleexandra Kefren sebelum ini telah mengiklankan diri untuk menjual daranya dan...

Perintah Berkurung Esszone Dilanjutkan...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Maal Hijrah: Artis Masalah...

KEBELAKANGAN ini kita naik loya tengok dunia artis dan selebiriti. Malah, kerap kali...

Terlalu Awal Kait Kematian...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat...

Pizza Hut Durian Jadi Popular Di China

MESKIPUN baunya agak ‘pelik’ buat masyarakat luar Asia, buah durian sememangnya mempunyai kelas tersendiri yang mana ia sangat digemari oleh masyakat berbilang kaum di negara ini.

Rasanya yang cukup manis berlemak dan menusuk kalbu, membuatkan ramai mesti menjadi ‘hantu durian’ apabila tiba sahaja musim raja buah berkenaan.

Sebut sahaja cerita buah berduri ini, baru-baru ini, francais restoran Pizza Hut di China telah mengeluarkan topping piza terbaharu mereka yang menggunakan buah durian.

pizaaaa

Menerusi laman blog China Real Time milik Wall Street Journal, mereka mula menguji piza durian di wilayah Guangdong pada tahun lepas, sebelum melancarkan ia di beberapa bandar China yang lain.

Menurut laman tersebut, uji kaji yang dijalankan mereka mendapat reaksi positif daripada pelanggan kerana rasa durian itu tidak terlalu kuat apabila dicampur dengan keju dan adunan piza biasa.

Sementara itu, 10 wartawan dan pengarang Wall Street Journal di China turut mencuba piza unik tersebut.


Empat dari sekumpulan itu mengatakan ia amat sedap, tiga daripadanya langsung tidak menyukai pizza durian tersebut manakala selebihnya menganggap piza itu sebagai ‘menarik’.

Menurut laporan China Real Time, Pizza Hut China sebenarnya bukan yang pertama untuk mencuba kombinasi ini.

Pada 2013, sebuah kafe di Shanghai pernah menjual piza durian malah berjaya menjual lebih kurang 70 piza setiap hari. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori