Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Padah Hina Kekasih Sebagai...

LONDON - Seorang wanita di Britain mengaku menikam teman lelakinya sehingga mati akibat...

SMK Langkawi Wakili Malaysia...

LANGKAWI - Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan...

Pertumbuhan KDNK PKS Diunjur...

KUALA LUMPUR — Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perusahaan Kecil dan Sederhana...

114 Aduan Pembakaran Terbuka...

SEREMBAN – Sebanyak 114 aduan pembakaran terbuka diterima Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri...

Nafi Khabar Angin Sekolah Tutup Sehingga Selasa

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan khabar angin di laman sosial bahawa sekolah di beberapa negeri ditutup sehingga Selasa ini ekoran cuaca panas melampau.

“Pengumuman itu tidak benar dan tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya dalam catatan terbaru di Facebooknya pada Sabtu.

Hari ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam kenyataan berkata Kementerian Pendidikan dicadang menutup sesi persekolahan di Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis esok.

Ia berikutan suhu melebihi 37 darjah Celcius yang dicatatkan di kedua-dua lokasi tersebut sejak 1 Mac.

“Berdasarkan Garis Panduan Pelan Tindakan Menangani Gelombang Haba maka sesi persekolahan di Alor Setar dan Chuping boleh dicadangkan agar ditutup bermula pada Ahad, 20 Mac,” katanya.

Madius berkata bagaimanapun, keputusan sama ada sesi persekolahan akan ditutup atau tidak, akan diumumkan oleh Mahdzir sepertimana diarahkan oleh kabinet.


Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kementerian Pendidikan akan memutuskan sama ada sekolah perlu ditutup sekiranya cuaca panas melampau masih berterusan selepas tamat cuti pertengahan penggal pertama persekolahan minggu ini.

Pada Jumaat, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sekolah di sesuatu kawasan akan ditutup jika suhu melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72 jam.

Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh fenomena El Nino. Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering ini akan berakhir pada Mei atau Jun, dengan suhu dijangka paling panas esok kerana fenomena ekuinok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori