Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PR1MA Digesa Kurangkan Harga...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menggesa kerajaan persekutuan supaya...

2 Rakan Mengaku Campak...

SHAH ALAM - Dua orang rakan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen...

Ehh… Zizan Dan Emma...

TERKEJUT kami mendengar, hubungan cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong yang dikatakan...

Dr. Mohamad Khir Toyo...

KAJANG - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang menjalani tempoh...

Soalan KBAT ‘Jimmy Choo’ Trending Di Media Sosial

SOALAN ‘unik’ yang ditanya di dalam kertas peperiksaan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk murid tahun enam baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata pengguna alam maya sehingga kini masih gagal meneka apakah jawapan bagi soalan tersebut yang memaparkan tokoh pereka kasut terkenal, Datuk Jimmy Choo di dalam kepsyen berikut:

Datuk Jimmy Choo terkenal dengan rekaan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau ialah seorang pereka kasut dan pembuat kasut yang mahir. Beliau sentiasa menggunakan alam semulajadi seperti pokok dan bunga sebagai sumber ilham dan inspirasinya.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat yang bergaris (KBAT),” sebagai mana yang dinyatakan di dalam soalan tersebut.

Netizen menyatakan soalan yang diajukan adalah begitu sukar kerana ia memerlukan daya fikiran yang kritis untuk menjawab soalan yang dianggap ‘maha susah’ tersebut.

Wah! Kalau begini soalan KBAT untuk pelajar tahun 6, for sure aku gagal,” demikian kata seorang netizen yang tidak menduga dirinya tidak mampu untuk menjawab kertas soalan murid sekolah rendah itu.

Soalan seperti ini dikeluarkan sebab nak melihat pelajar yang manakah genius. Samalah seperti Matematik, Sains semua, kadang-kadang kementerian letak satu, dua untuk lihat siapa yang genius.

Iyalah, rugilah kalau orang itu otaknya dah advance tetapi kita layan dia dengan benda-benda basic. Jadi rugilah kalau tak cungkil bakat mereka dari awal,” kata Wan Omar.


Sebagai pencerahan, ujian penilaian KBAT merupakan salah satu idea dan usaha inisiatif Kementerian Pendidikan bagi melahirkan pelajar intelek yang mempunyai kemahiran berfikir di luar kotak.

Kemahiran baharu ini merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

Pelajar perlu mengemukakan sebanyak mana pendapat logik dan idea mereka untuk soalan sebegini kerana skema pemarkahannya ialah mana-mana jawapan yang munasabah akan dikira.

Pelajar juga perlu menggunakan common sense yang ‘sesuai’ mengikut soalan yang dikemukakan.

Bagaimanapun, apakah jawapannya? – MYNEWSHUB.CC

Baca: Suruh Guru Sains Jawab Soalan UPSR, Belum Tentu A

Juga: Soalan Tatabahasa Tahun 5 Tanya “Siapa Juara AF8?”

Lagi: Guru Hati-Hati Kongsi Jawapan Lucu Murid Di Internet

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori