Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ceraikan Isteri Setelah...

DUBAI - Hanya beberapa hari sahaja setelah bernikah, seorang lelaki di Dubai menceraikan...

Teksi Tertipu: Anthony Loke...

KUALA LUMPUR - Mungkinkah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bakal dijadikan kambing...

Dakwaan SPR Berat Sebelah...

PONTIAN - Dakwaan pembangkang mengenai persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang...

Kontraktor Diberkas Seleweng Tuntutan

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memberkas seorang  pemilik sebuah...

Shahz Jaszle Akui Banyak Berubah Lepas Jadi Bapa

PERNAH dilanda kontroversi  hebat satu masa dahulu, kini pelakon Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin, 27, mengakui dia telah banyak berubah lebih-lebih lagi sesudah bergelar bapa.

“Alhamdulillah kini saya bertambah bahagia selepas selamat menimang cahaya mata sulung. Banyak perubahan yang berlaku kepada saya termasuklah komitmen yang semakin tinggi.

“Saya kena usaha lebih lagi untuk menyara keluarga, lagi-lagi sekarang isteri sudah tidak bekerja,” katanya sewaktu ditemuramah media di Majlis Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016).

Dia yang kelihatan berisi sedikit menjelaskan, perubahan fizikalnya itu mencerminkan kebahagiaan yang sedang dikecapi namun dia dalam proses menurunkan berat badan atas faktor kerjaya.

“Dari 75kg sekarang dah 80kg tapi saya sedang diet untuk memenuhi tawaran lakonan yang diterima,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=t7YGT-32QAI]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori