Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekalan Mangsa Banjir Di...

KUALA BERANG - Bekalan makanan yang diagihkan ke pusat pemindahan untuk mangsa banjir...

Jawatankuasa Khas Kaji Sosma...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji...

Dyana Tidak Hairan Taktik...

PETALING JAYA - Sebagai wanita yang baru berjinak-jinak dalam arena politik tanah air,...

Bapa Selamat Anak Daripada...

TONGOD - Tindakan pantas seorang bapa memukul seekor beruang menggunakan batang kayu menyelamatkan...

Sekolah Di Terengganu Diarah Sedia Air Minuman Mencukupi

KUALA TERENGGANU – Semua sekolah di Terengganu diminta menyediakan air minuman mencukupi kepada pelajar dalam menghadapi cuaca panas akibat fenomena El Nino.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Shafruddin Ali Hussain berkata sesi persekolahan yang bermula hari ini berjalan lancar namun langkah tersebut perlu dilaksanakan bagi mengelakkan pelajar mengalami dihidrasi.

“Sumber air seperti mesin memproses air minuman yang bersih perlu disediakan dan ada juga sesetengah sekolah menerima sumbangan air minuman dari pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Pihak JPN Terengganu juga menyarankan agar sekolah menyediakan span dan air untuk mengelap badan seperti yang dilakukan atlet untuk mengelak dihidrasi,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kelas dan pemusatan Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata jabatan turut menyarankan agar pihak sekolah tidak mengadakan aktiviti di luar bilik darjah buat masa sekarang bagi mengelakkan pelajar terdedah terus kepada pancaran matahari.

“Ia boleh diganti dengan aktiviti lain yang boleh dilakukan di dalam kelas atau dewan tertutup.

“Guru juga perlu peka dengan sebarang tanda strok haba terhadap pelajar dan sekiranya berlaku, pelajar berkenaan haruslah segera dibawa ke klinik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori