Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Miliki Alat Pemadam Api...

KUALA TERENGGANU - Rakyat di negeri ini digesa memiliki alat pemadam api sendiri...

Imran Bentuk Kerajaan Campuran

ISLAMABAD – Parti Imran Khan berkata, pihaknya telah memulakan rundingan dengan parti-parti kecil...

Kredibiliti Petisyen Pembebasan Anwar...

KUALA LUMPUR - Kredibiliti petisyen menuntut kebebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Baju Dayang Nurfaizah Di...

YA, kami masih belum move on daripada bercakap tentang kehangatan Anugerah Juara Lagu ke...

Proses Damai Selatan Filipina Penting Bagi Keselamatan Sabah

BERA – Keadaan keselamatan di Sabah sedikit sebanyak bergantung kepada kejayaan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan negara itu yang bersempadan dengan Sabah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata sekiranya proses damai berkenaan tidak dipertahankan dan dicapai ia berkemungkinan akan mencetuskan pergolakan di Lautan Sulu dan akan membawa kesan kepada aspek keselamatan di Sabah.

“Kalau sekiranya tidak dapat dipertahankan proses damai itu, saya bimbang mungkin berlaku pergolakan di Lautan Sulu dan ia sedikit sebanyak akan membawa kesan kepada kita di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis persandingan anak lelaki Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Nashriq dan pasangannya Aiman Shaheerah Faeiz di Dewan Padang Luas, Kerayong di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata sehubungan itu perkembangan semasa di Sabah turut bergantung kepada keputusan pilihan raya presiden Filipina pada 9 Mei nanti.

Katanya ini kerana langkah seterusnya ke arah proses damai di Mindanao dan selatan Filipina itu nanti akan ditentukan selepas pemilihan Presiden Filipina yang baharu.


“Malaysia sendiri memain peranan yang besar (dalam proses damai itu), jadi saya telah membuat keputusan untuk tunggu presiden (Filipina) yang baharu (dilantik) untuk memikirkan masa depan Mindanao dan di selatan Filipina,” katanya.

Hishammuddin berkata kerajaan bagaimanapun sentiasa memastikan keselamatan rakyat negara ini khususnya di Sabah adalah terjamin daripada segala sebarang ancaman jahat pihak luar.

Beliau berkata sejak kes pencerobohan Sulu di Lahad Datu, Sabah pada 2013, kerajaan melaksanakan pelbagai langkah untuk memantapkan lagi sistem pertahanan negara termasuk menaik taraf lapangan terbang di Lahad Datu dan melengkapkan helikopter dengan senjata.

Katanya satu lagi batalion pasukan keselamatan akan diwujudkan di Sabah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori