Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

LTTE: Kes 6 Lelaki...

KUALA LUMPUR - Kes enam lelaki yang didakwa atas pertuduhan memberi sokongan kepada...

Sasar Universiti Tempatan Sebagai...

KUALA LUMPUR – Jepun menyasarkan tiga universiti tempatan sebagai rakan bagi mewujudkan sebuah...

Bijirin Quaker Oats Pasaran...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan bijirin oat jenama Quaker Oats yang...

Permohonan Mkini Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Permohonan Mkini Dotcom Sdn Bhd (Mkini) dan dua editornya untuk...

LGE Jemput Wartawan Bukan Untuk Bersihkan Namanya

KEPALA BATAS – Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjemput petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn, Georgetown hari ini bukanlah untuk membersihkan namanya, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata cabaran Lim untuk bersemuka dengan Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya juga dilihat sebagai ‘drama’ ketua menteri itu untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pembelian rumahnya.

Katanya Lim sepatutnya menjawab dakwaan Shabudin di Dewan Rakyat tentang adanya amalan rasuah dalam isu pembelian rumah bernilai RM2.8 juta itu dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

“Isu yang dibangkitkan itu sama seperti yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo sebelum ini dan Lim sebagai pemimpin harus membersihkan namanya pada penggulungan Dewan Rakyat yang bermula esok jika apa yang dibangkitkan itu tidak benar.

“Secara lazimnya, speaker Dewan Rakyat akan memberi laluan kepada anggota dewan untuk memberi penjelasan terhadap sebarang pertuduhan yang dibuat ke atas mereka…itu adalah peluang Lim untuk memberi penjelasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini, hari ini.


Pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas, Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah itu adalah lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Lim pada sidang akhbar keesokannya mencabar Shabudin bersemuka satu sama satu di hadapan media di pejabatnya pada 11 pagi hari ini untuk berbincang berhubung isu berkenaan, namun Shabudin tidak menghadirinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori