JENAMA Huawei kini agak aktif dalam menaikkan jenama mereka sebagai satu jenama premium dan bukan lagi jenama China yang sering diperkatakan tidak mempunyai kualiti dan tipikal.
Dalam usaha menaikkan nama Huawei, mereka telah membina peranti yang lebih premium dan dalam meneruskan usaha itu, Huawei telah menandatangani perjanjian bersama Lionel Messi untuk menjadi duta mereka pada 18 Mac lalu.
Sebelum ini, Lionel Messi merupakan duta untuk Samsung dan pasukan bola sepak Bercelona pula merupakan duta untuk peranti Oppo.
Huawei sebelum ini telah menaja pasukan bola sepak Arsenal dan beberapa pasukan bola yang lain. Tajaan Messi ini telah hangat diperkatakan sebelum pihak Huawei mengesahkannya.
Walaubagaimanapun, nilai tajaan yang diberikan kepada Messi untuk menjadi duta masih belum diumumkan tetapi mengikut jangkaan ramai, ia bernilai beberapa juta euro untuk beberapa tahun sahaja.
Huawei kini berada di tangga ke 3 pengeluar telefon pintar serata dunia dan mungkin dengan Messi dengan duta akan membolehkan lebih ramai yang mengenali serta menggunakan peranti mereka ini. -MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=vdOtrPNU90I]