Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Nyahwarta Hutan Simpan, Mustahil...

KUALA LUMPUR - UMNO mempersoal tindakan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor berhubung isu...

Cukai Taksiran Selangor Naik...

SHAH ALAM - Selangor akan menaikkan cukai taksiran sehingga 25 peratus berkuat kuasa...

Beli 99 iPhone6 Untuk...

GUANGZHOU - Seorang lelaki di China membelanjakan sebanyak 500,000 yuan (RM300,000) untuk membeli...

Peneroka Kaum India Di...

ROMPIN - Peneroka kaum India di beberapa Felda di Rompin tidak rasa tersisih,...

Skandal Banglo LGE: Alumni UM Buat Laporan SPRM

PUTRAJAYA – Wakil persatuan alumni Pimpinan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) membuat laporan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung skandal pembelian rumahnya yang luar biasa murah, di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, jam 11.30 pagi tadi.

Timbalan Presiden PMUM Kapten (B) Shamsuddin Moner berkata, mereka memohon agar pihak SPRM membuka kertas siasatan berkaitan isu pembelian rumah Guan Eng seperti mana yang telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Dato’ Shabudin Yahaya di Parlimen sebelum ini.

Kehadiran mereka ke ibu pejabat SPRM adalah untuk membuat aduan rasmi supaya tindakan dapat diambil sekaligus rakyat mendapat pencerahan tentang situasi sebenar.

Dalam aduan yang dibuat pada hari ini, alumni PMUM meminta agar SPRM merungkai tiga perkara yang menjadi persoalan iaitu:

1) Benarkah pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Taser Gelugor bahawa pembelian rumah yang dibuat Guan Eng jauh lebih murah dari harga pasaran? Harga pasaran rumah tersebut dikatakan mencecah RM6.5 juta namun Guan Eng membelinya pada harga RM2.8 juta sahaja, seperti dilapor kebanyakan media sosial.

2) Pemilik asal rumah berkenaan, Phang Li Koon adalah pemegang saham terbesar dalam sebuah syarikat yang terlibat dalam projek pembangunan komersial sebidang tanah yang sebelumnya diwartakan sebagai tanah untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Adakah Phang Li Koon mendapat keistimewaan apabila memperolehi projek pembangunan komersil di tanah PPRT berkenaan?

Skandal Banglo Murah: Apakah Istimewa Miss Phang Dengan LGE?

3) Mohon siasat jika berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh Guan Eng apabila tanah yang sepatutnya jadi PPRT telah dikhianati untuk dibangunkan sebagai tanah pembangunan komersil, di mana Miss Phang Li Koon merupakan pemegang saham terbesar syarikat berkenaan.

LGE Kantoi Bohong Isu Flat PPR Taman Manggis

Timbalan Presiden Pertubuhan Kesatuan Alumni PMUM, Kapten (B) Shamsuddin Bin Moner
Alumni PMUM dalam aduannya meminta SPRM menyiasat isu pembelian rumah Lim Guan Eng yang luar biasa murah berbanding harga pasaran, selain kaitan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan pemilik asal rumahnya yang merupakan pemegang saham terbesar sebuah syarikat yang memperoleh projek lumayan. (FOTO:FISYA/MYNEWSHUB)

Shamsudin berkata, pihaknya berharap isu ini tidak sekadar menjadi buah mulut netizen di media-media sosial, justeru Guan Eng diseru supaya berani membiarkan dirinya disiasat, manakala Ahli Parlimen Tasek Gelugor juga mesti berani memberikan kerjasama kepada SPRM.

Tambahnya, PMUM tidak mempunyai sebarang bukti ataupun ingin menuduh mana-mana pihak, sebaliknya tujuan aduan dibuat adalah supaya kertas siasatan dapat dibuka dan perkara sebenar dapat dijelaskan.


Guan Eng kini, boleh dikatakan sedang berdepan dengan detik kritikal dalam karier politiknya apabila isu pembelian rumah yang ‘luar biasa’ murah di Jalan Pinhorn mendapat perhatian masyarakat selepas ianya didedahkan Shabudin di Parlimen.

Isu yang dihadapi Guan Eng ini menyerupai kes membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang kini merengkok dalam penjara sejak September tahun lalu, selepas disabitkan bersalah atas kesalahan salah guna kuasa sebagai penjawat awam dengan memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai lebih RM6 juta, pada harga cuma RM3.5 juta pada 2007.

Dalam pada itu, Guan Eng memberitahu pihak media semalam, beliau melakukan transaksi pembelian rumahnya atas dasar ‘suka sama suka’ dan harga RM2.8 juta telah dipersetujui sejak 2012.

Menurut beliau, pembiayaan rumah tersebut diperoleh menerusi pinjaman bank sebanyak RM2.1 juta dan wang tunai RM700,000. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FATIN SHAHFINAAZ
Foto/Video: FISYA HANUDIN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori