Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Geng Kongsi...

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki disyaki anggota kongsi gelap Geng Pneh ditahan dan...

Rayuan Liwat: Nasib Anwar...

MELEWATI dua bulan tanpa perkembangan setelah tamat prosiding hujahan pada 4 November 2014, akhirnya...

Penjawat Awam Sokong Pembangkang...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap...

Polis Pahang Lancar Ops...

KUANTAN - Polis Pahang melancarkan Ops Selamat keenam bermula hari ini sehingga 26...

Pasangan Paling `Hot’ Di Dunia Kini Berpacaran

Dr Mikhail Varshavski yang telah dinobatkan sebagai `doktor paling seksi’ oleh majalah People pada 2015, telah mendapat pasangan yang tidak kurang hebatnya iaitu Miss Universe 2015, Pia Alonzo Wurtzbach.

Doktor yang berasal dari Rusia itu telah mengesahkan hubungan berkenaan.

“Saya sedang dating dengan Pia. Hubungan ini masil awal tetapi saya teruja untuk melihat kemana arah tujuannya,’’ demikian tulis Dr. Mikhail kepada Wonderwall.

Gambar mereka berdua turut dimuat naik dalam Instagram Pia, iaitu ratu cantik yang berasal dari Filipina.

Seminggu lalu, Pia telah menyatakan bahawa menjadi Miss Universe kekal sebagai keutamaannya tetapi kini mungkin keutamaan itu sudah berubah.

Walaupun hubungan mereka masih terlalu awal, namun sudah ada yang membayangkan wajah anak mereka kelak.


Pia dinobatkan sebagai Miss Universe pada bulan Disember tahun lepas dalam satu majlis yang penuh kontroversi apabila pengacara, Steve Harvey telah tersalah sebut nama pemenang.

Manakala Dr. Mikhael pula menjadi terkenal selepas muncul dalam majalah People.

Akan Instragramnya kini mempunyai 1.6 juta pengikut. Beliau yang merupakan doktor residen di Overlook Medical Center, baru sahaja menandatangani kontrak dengan agensi Abrams Artists.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori