PELAKON Zara Zya yang masih belum mendirikan rumah tangga, selalu dilemparkan persoalan sama ada sudah mempunyai pilihan hati ataupun tidak.
Menjawab persoalan itu Zara berkata, dia tidak mempunyai masa untuk bercinta buat masa ini.
“Buat masa ini saya tiada masa untuk bercinta sebab terlalu sibuk dengan kerjaya. Nanti si dia pula yang kecewa bila bosan kerana saya tiada masa,” katanya.
Zara menjelaskan, keluarganya juga memahami apa yang dilaluinya dan pada masa sama menolak dakwaan mengatakan dia terjebak dengan cinta di lokasi penggambaran.
“Keluarga saya amat memahami walaupun abang dan kakak saya semuanya berkahwin pada usia yang muda. Lagipun saya anak bongsu. Saya anggap set penggambaran sebagai pejabat, jadi tidak mungkin terjadinya cinta lokasi seperti yang diperkatakan.
“Mana mungkin saya bercinta dengan orang lain pula di set penggambaran yang berbeza,” ujarnya.
Tambah Zara dia pasti akan berkongsi kisah bersama peminat jika sudah menjumpai teman istimewa kelak. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=OGSKkzCxCQ0]