Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Bernilai USD41 Juta, Kylie...

BARU berusia 19 tahun, Kylie Jenner sudah disenaraikan Forbes sebagai salah seorang daripada 100 selebriti yang dibayar paling...

Pelajar, Warga Emas Dan...

MIRI - Golongan pelajar berumur 20 tahun ke bawah, warga emas berusia 60...

Mayat Nelayan Ditemukan Bawah...

KEMAMAN - Mayat seorang nelayan yang dipercayai mangsa lemas ditemukan dalam keadaan terapung...

Pembunuhan Kejam Bernard Then...

KOTA KINABALU - Pembunuhan kejam mangsa culik Bernard Then Ted Fen, 39; yang...

2 Pelajar Maut Dalam Kemalangan Berasingan Di Kedah

SUNGAI PETANI – Dua pelajar yang menunggang motosikal maut dalam dua kejadian berasingan di sini semalam.

Dalam kejadian pertama seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah treler dalam kejadian yang berlaku di Batu 10 Jalan Jeniang-Gurun, dekat sini, kira-kira pukul 8.18 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang dalam perjalanan dari arah Jeniang menghala Gurun, dilanggar dari arah belakang oleh motosikal yang ditunggang mangsa.

“Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Amirul Iskandar Kamaruzzaman, 16, disahkan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kes berasingan, seorang pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum terjunam ke dalam tali air di Bukit Jenun, Pendang, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata kejadian pukul 5.50 petang itu berlaku semasa Muhammad Hasmirul Fitri Musa, 17, dalam perjalanan dari Bukit Jenun ke Sungai Besar, sebelum hilang kawalan secara tiba-tiba.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha EX5 secara sendirian sedang dalam perjalanan ke Sungai Besar sebelum motosikalnya hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian dan terbabas lalau terjunam ke dalam tali air Bukit Jenun.

“Mayat mangsa dijumpai kira-kira pukul 7.38 malam oleh anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori