Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Restoran Eksploit Ayat Al-Quran...

PADAH... Restoran yang tular susulan pekerjanya ditampar pelanggan kerana tegur merokok didapati eksploitasi...

Real Madrid Tundukkan Liverpool...

LIVERPOOL - Cristiano Ronaldo terus menyuntik inspirasi Real Madrid sekali gus mendekati rekod...

Tingkatkan Pemantauan Harga Barang...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan meningkatkan...

15, 16 Oktober Bicara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi menetapkan 15 dan 16...

Kerajaan Tidak Cadang Tubuh Pusat Daftar Pelarian – Shahidan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan pusat pendaftaran pelarian kerana bimbang akan menggalakkan kemasukan lebih ramai pelarian atau permohonan suaka baharu ke negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pada masa ini kerajaan sentiasa menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk mempercepat proses penghantaran pulang pelarian sedia ada di negara ini, ke negara asal mereka atau negara ketiga.

“Pada masa yang sama kerajaan juga menggesa negara-negara ahli kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol Pelarian 1957 untuk menerima pelarian ini selaras dengan tanggungjawab sebagai ahli konvensyen dan protokol tersebut,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang ingin tahu langkah diambil kerajaan dalam mengatasi kemasukan pelarian serta langkah susulan agensi kerajaan dalam mengurangkan peranan pertubuhan antarabangsa dan adakah kerajaan bercadang menubuhkan pusat daftar pelarian tanpa bergantung kepada agensi antarabangsa.

Shahidan berkata Malaysia tidak lagi mampu untuk menerima kehadiran pelarian dan pemohon suaka yang telah banyak memberikan implikasi kepada masalah sosial, ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Katanya menerusi operasi berterusan dan tetap yang dilaksanakan, pelbagai agensi di kawasan sempadan negara telah berjaya mengurangkan kemasukan pendatang asing tanpa izin yang seterusnya mengurangkan peranan UNHCR di negara ini.

Menjawab soalan Liang mengenai kad UNHCR palsu dan mudah didapati seperti didedahkan sebuah akhbar baru-baru ini, Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau mengakui terdapat sindiket tertentu yang mengeluar dan menjual kad palsu itu di pasaran gelap.


Bagaimanapun, beliau tidak pasti jumlah kad UNHCR palsu yang dikeluarkan dan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk menyiasat.

“Perkara ini telah berlaku dan kami telah buat laporan polis berhubung sindiket yang berleluasa dan kami juga membuat laporan polis terhadap pejabat UNHCR sendiri untuk melihat sama ada, ada hubung kait ataupun tidak dengan apa yang berlaku ini,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) yang ingin tahu bilangan pelarian di negara ini dan keadaan semasa mereka, Shahidan berkata sehingga 29 Feb lalu, seramai 158,516 orang pelarian dan pemohon suaka yang mendaftar dengan pejabat UNHCR di negara ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebahagian besarnya adalah warganegara Myanmar iaitu 144,388 orang sementara selebihnya pelarian dan pemohon suaka dari negara lain seperti Afghanistan, Iran, Iraq, Pakistan, Palestin, Somalia, Sri Lanka, Syria dan Yaman.

Beliau sekali lagi menegaskan, Malaysia selaku negara bukan ahli di bawah konvensyen dan protokol berkaitan pelarian, tidak mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal kepada pendatang asing tanpa izin sebaliknya ia tanggungjawab UNHCR yang memberi status pelarian kepada mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori