Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

12 Rakyat Asing Ditahan...

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 12 rakyat asing ditahan dalam operasi bersepadu di kawasan...

Ashraf Mungkin Kekejangan, Diserang...

GOPENG - Dua laluan yang memungkinkan mangsa tersasar jauh daripada trek atau diserang...

Jawatankuasa Kuil Rayu Sertai...

JAWATANKUASA Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield hari ini memfailkan permohonan semakan keputusan...

PAS Belum Nampak Matlamat...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan...

Paras Air Di Empangan Timoh Tasoh Catat Bacaan Paling Rendah

KANGAR – Paras air di Empangan Timah Tasoh hari ini mencatat bacaan paling rendah setinggi 26.78 meter, menurun dua milimeter berbanding 26.8 meter, semalam.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Ir Abdul Najib Abdullah berkata paras itu terendah pernah dicatat sejak empangan itu beroperasi pada 1992. Paras kritikal adalah 25.0 meter.

“Paras air dicatat hari ini lebih rendah daripada yang pernah berlaku pada 24 Julai 1998 setinggi 27.04 meter ketika fenomena El Nino melanda negara,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku setiap tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran luar pantai Peru.

Kejadian itu menyebabkan rantaian perubahan iklim di seluruh dunia yang membawa hujan lebat di sesetengah kawasan dan kemarau panjang di kawasan lain.

Abdul Najib berkata cuaca panas dan kering berpanjangan di Perlis sejak Disember tahun lepas menyebabkan paras air di empangan itu menurun ke paras terendah.

“Situasi ini menyebabkan JPS terpaksa menangguhkan bekalan air untuk pengairan sawah padi seluas lebih 3,000 hektar membabitkan lebih 6,000 petani yang menanam padi di luar musim sehingga Jun ini.

“Bekalan air untuk keperluan domestik bagaimanapun tidak terjejas sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan lagi walaupun kemarau berterusan,” kata Abdul Najib.


Selain Empangan Timah Tasoh, beliau berkata 50 peratus sumber air Perlis adalah dari Sungai Arau yang menerima air dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Kedah.

Empangan Timah Tasoh menyalurkan sebanyak 58,000 meter padu air sehari untuk kegunaan domestik dan kira-kira 532,000 meter padu lagi untuk tanaman padi di seluruh negeri, katanya.

Empangan Timah Tasoh seluas 13.3 kilometer persegi membekalkan hampir 50 peratus keperluan air negeri ini, meliputi kawasan utara Perlis termasuk Padang Besar dan Kangar dengan penduduk berjumlah lebih 100,000 orang.

Abdul Najib menasihatkan orang ramai supaya berjimat menggunakan air serta tidak mencemarkan punca air sama ada sungai atau kolam.

Katanya JPS sentiasa memantau keadaan bagi memastikan pengurusan bekalan air dilakukan secara sistematik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori