KUALA LUMPUR – PAS bersedia untuk melawan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PAN) Sarawak kali ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS bersedia berhadapan dengan Pakatan Harapan dalam pertandingan penjuru.
“Rundingan PAS hanya berlaku dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kita tiada sebarang rundingan dengan DAP dan Parti Harapan Negara (PAN).
“Adapun kemungkinan berlaku pertembungan dengan Pakatan Harapan yang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru, PAS bersedia berhadapan dengannya. PAS bersedia menghadapinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mustafa berkata, PAS akan bertanding Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Jepak, Samalaju dan Lambir.
Kata beliau, PAS akan berusaha memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi berkenaan. – mynewshub.cc