Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Rancang Guna Platform...

KUALA LUMPUR - Platform pendanaan ramai (crowdfunding) rakan kepada rakan (P2P) berpotensi diguna...

Pelajar Ke Luar Negara...

KUALA LUMPUR - Pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara boleh membuat...

Technology Park Malaysia Lantik...

KUALA LUMPUR - Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) telah melantik tiga...

Kon Yeow Angkat Sumpah...

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai...

Peminat Cuba Mengurat, Amelina Anggap Sebagai Gurauan

RATU dangdut tanah air, Amelina mengakui bahawa ketika awal kemunculan semulanya dalam industri, ada segelintir peminat lelaki yang cuba mendekatinya.

Tetapi, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin menjelaskan bahawa dia menganggap itu semua sebegai usikan dan gurauan dari peminatnya.

“Ada yang cuba mengurat, tapi saya sudah berusia 41 tahun dan anak pun ada 6 orang takkanlah ada yang nak lagi, mungkin mereka bergurau.”

Tambah Amelina yang berasal dari Negeri Sembilan itu juga mahu fokus dan memberikan yang terbaik kepada kerjaya. Dan dia juga tidak mahu mengabaikan anak serta ibunya.


“Orang di sekeliling saya banyak memberikan nasihat, teguran dan ada juga yang ‘brainwash’ saya dengan apa yang saya lakukan. Dari situ saya dapat kenal pasti yang mana baik dan buruk”

“Dengan usia yang sudah menjangkau pertengahan ini, saya hanya mahu fokus kepada kerjaya dan keenam-enam anak saya yang sedang membesar” katanya pada Majlis Pelantikan Amelina sebagai duta Pewarna Rambut D’Herbs baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=iveSnPmiq7o]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori