Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Biar Rakyat Pilih PAN...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berpesan kepada...

Penggunaan Dron Semasa Perhimpunan...

PUTRAJAYA - Penggunaan dron oleh pihak persendirian dalam sebarang perhimpunan adalah dilarang atas...

“Melayu Mudah Lupa, Tun...

SELURUH warga UMNO diingatkan agar tidak ikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir yang...

Penduduk Sepakat Selamatkan Kucing...

SHAH ALAM - Sepakat membawa berkat, tindakan penduduk di sebuah kawasan perumahan di...

Semua Sekolah Di Seluruh Negara Beroperasi Seperti Biasa Esok

PUTRAJAYA – Semua sekolah di seluruh negara termasuk di Perlis dan Kedah akan beroperasi seperti biasa esok (24 Mac) susulan pemantauan terhadap cuaca kering dan panas dalam tempoh 72 jam sehingga hari ini berada di bawah 38 darjah Celsius.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun mengingatkan bahawa semua aktiviti luar bilik darjah masih ditangguhkan sehingga dimaklumkan kemudian.

Kementerian turut meminta untuk pihak pengurusan sekolah memastikan bahawa bekalan air minuman bersih mencukupi di sekolah masing-masing.

“Pihak pengurusan sekolah turut diminta untuk sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi kepada murid akibat cuaca panas ini,” kata kenyataan itu.

Katanya Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dikehendaki memantau bagi memastikan pematuhan perkara berkenaan oleh pengurusan sekolah di negeri dan daerah masing-masing.


“KPM juga akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena tersebut,” katanya.

Pada Isnin lalu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan semua sekolah di Kedah dan Perlis diarah tutup selama dua hari bermula Selasa ekoran cuaca panas melampau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori