Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SPR Sebuah Badan Bebas...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan...

Seberat 152 Kilogram, Kerapu...

REZEKI... Seekor ikan kerapu gergasi seberat 152 kilogram (kg) menjadi tumpuan ramai setelah...

Empat Inisiatif Galak Lepasan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melaksanakan empat inisiatif bagi memastikan golongan...

Najwa Latif Nafi Sudah...

PENYANYI muda berbakat yang dicungkil melalui laman YouTube, Najwa Latif tampil menafikan bahawa...

Pelbagai Kompaun Dikenakan Termasuk Tangkapan Di Nilai 3

NILAI – Hampir keseluruhan premis perniagaan di Nilai 3 hari ini diperiksa dalam operasi bersepadu, Ops Catut dan pelbagai kompaun dikenakan ke atas premis perniagaan yang dikesan melakukan kesalahan.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan, Saiful Bahri Abdul Kadir berkata operasi hampir empat jam bermula 10.30 pagi itu juga melibatkan tangkapan terhadap tujuh warga asing, yang merupakan penjaga premis berkenaan.

Operasi itu melibatkan 170 pegawai dan anggota 10 agensi penguatkuasaan seperti KPDNKK, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Imigresen, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Majlis Perbandaran Negeri (MPN), Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Polis Diraja Malaysia.

“Bagi KPDNKK, sebanyak 33 kes dikesan melibatkan jumlah kompaun RM25,900. Kesalahan dilakukan melibatkan Akta Timbang dan Sukat, Akta Perihal Dagangan serta Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, dengan menggunakan alat timbang dan sukat tidak mengikut standard, tiada tanda harga dan membuat promosi tanpa memberi notis kepada KPDNKK.

“Seramai tujuh warga asing pula ditahan Jabatan Imigresen, membabitkan empat lelaki Pakistan dan masing-masing seorang lelaki Indonesia, Bangladesh dan Mesir atas kesalahan melanggar dan tidak memiliki pas perjalanan yang sah.

SSM melibatkan 30 kes, sebanyak lima premis pula diberi surat arahan untuk mengemukakan maklumat perniagaan oleh LHDN, MPN (13 kes), Jabatan Kesihatan mengesan empat premis melakukan kesalahan termasuk sebuah premis diarah tutup membabitkan nilai rampasan sebanyak RM887.60.


“Bagi Fama, satu kesalahan dikesan iaitu tiada label GPL manakala Kastam mengesan satu kes dan mengeluarkan kompaun ke atas premis terbabit kerana invois yang tidak lengkap di dalam resit,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini, hari ini.

Saiful Bahri berkata operasi itu bukan bertujuan menghukum peniaga, sebaliknya bagi memastikan mereka menjalankan perniagaan mengikut undang-undang dan pengguna tidak menjadi mangsa kepada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Bagi memastikan kos sara hidup tidak dibebani dengan kesalahan dilakukan peniaga seperti ini, ia secara tidak langsung dapat memastikan apa dibayar oleh pengguna dan ditawarkan oleh peniaga di negeri ini sesuatu yang berbaloi,” katanya.

Pengguna yang merasakan mereka tertipu dengan harga ditawarkan kepada mereka boleh menyalurkan maklumat kepada KPDNKK agar tindakan dapat diambil dan dapat mengelak lebih ramai pengguna daripada tertipu, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori