MENGIKUT harga semasa, purata harga bagi setiap kotak rokok yang dijual adalah RM15. Maka jika anda tidak membelanjakan duit untuk membeli rokok, duit yang berjaya disimpan setiap bulan adalah RM450.
Oleh sebab sesetengah kita mungkin tumpul sedikit mindanya bila sentuh bab pembaziran akibat merokok, disenaraikan di bawah apa yang boleh dilakukan dengan duit yang anda dah jimat jika tak beli rokok.
1. Upgrade Kereta Lagi Best
Jika duit yang dapat dijimatkan iaitu RM450 dicampur dengan ansuran kereta yang dibayar sekarang, rasanya lebih RM1,000 kan? Jadi bolehlah anda miliki kereta yang lebih besar dan selesa..
2. Boleh Makan Mewah
Mengikut perkiraan kasar, RM450 itu bersamaan dengan 12 kali sesi menikmati kopi di Starbucks untuk dua orang, 2 kali makan buffet daging di Restoran Samba Brazillian Steakhouse bersama pasangan dan pelbagai lagi restoran ekslusif. Maka kalau tidak berbelanja wang tersebut untuk rokok, memang ada banyak duit lebih sebenarnya..
3. Pergi Holiday
Jika duit rokok disimpan selama tiga bulan, ia akan menjadi RM1350, jumlah yang cukup untuk menikmati ‘weekend gateway‘ bersama pasangan.
4. Beli Barangan Elektrik
Jika anda baru atau bakal berkahwin, antara dua item terpenting untuk dibeli adalah peti sejuk dan mesin basuh. Untuk membeli setiap satunya anda cuma perlukan duit daripada penjimatan rokok lebih kurang 3 bulan tapi barangan tersebut boleh digunakan sekurang-kurangnya 10 tahun.
5. Ubah Suai Rumah
Berhasrat untuk ubah suai dapur atau mana-mana bahagian rumah? Jika anda tidak berbelanja rokok untuk setahun, anda dah boleh simpan RM5,400, kemudian campur sikit dengan duit simpanan, dah boleh jadikan rumah lebih selesa dan cantik.
6. Simpanan Masa Depan
RM450 adalah jumlah yang besar jika disimpan setiap bulan. Dalam tempoh 10 bulan sahaja, duit dah jadi RM4,500 dan boleh digunakan sebagai duit pendahuluan booking rumah, kereta atau simpan saja dalam bank untuk kegunaan masa depan. Duit siap ‘beranak’ lagi bila menerima kadar faedah daripada bank.. untung kan? – MYNEWSHUB.CC