Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Helang Dan Pipit: Kenapa...

KENYATAAN Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai helang dan pipit dalam entri berkaitan etika...

Rusia Ugut Finland Hancur...

MOSCOW ā€“ Seorang wakil rakyat Rusia memberi amaran kepada Finland mengenai impak serius...

ā€˜Samseng Jalananā€™ Sedang Diburu...

Orang ramai diminta tampil memberi maklumat kepada polis untuk membantu mengesan individu yang dirakam bertindak seperti samseng jalanan dalam kejadian di lampu isyarat Bandar Teknologi Kajang seperti yang tular baru-baru ini.

Teruskan Trend Pematuhan PKP...

KUALA LUMPUR - Bulan Ramadan semakin hampir dan umat Islam negara ini pastinya...

Pengganti Saya Perlu Ada Kepakaran, Pengalaman Luas- Zeti

 

KUALA LUMPUR – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata bakal penggantinya perlu memiliki kepakaran serta berpengetahuan luas dalam aspek bank dan persekitaran semasa.

“Sesiapa sahaja yang menyandang tugas itu perlu ada kepakaran.

“Kita berharap satu keputusan yang tepat (mengenainya) akan dibuat dan individu itu memiliki kelayakan tinggi serta mampu menggalas tugas dengan segera tanpa memerlukan tempoh lama mempelajari selok belok berkaitan.

“Keputusan itu dalam masa beberapa hari…ada lagi 38 hari, jadi anda perlulah bersabar,” katanya pada sidang media sempena pengumuman mengenai Laporan Tahunan BNM 2015 di sini, Rabu.

Beliau yang juga gabenor wanita pertama negara, menerajui BNM selama 16 tahun sebelum bersara pada April ini.

Zeti turut menyuarakan keyakinannya bahawa bank pusat itu akan terus berfungsi dengan baik selepas ketiadaannya kelak.

“Saya rasa, keseluruhan sistem serta aspek membuat dasar masih berfungsi. Malah, saya amat yakin ia akan berterusan berdasarkan apa yang menjadi kekuatan BNM selama ini.


“Tiada alasan pun untuk meraguinya. Prospek masa depan juga menarik dan banyak kerja yang perlu dilakukan. Kita perlu membuat persiapan bagi cabaran masa depan,” tegasnya.

Menurut Zeti, jawatankuasa tadbir urus BNM juga telah melaksanakan penilaian terperinci terhadap calon sesuai serta mengemukakan saranan kepada pihak kerajaan.

“Kita tidak menyatakan apa yang kami inginkan atau boleh mengulas apa yang dinilai jawatankuasa itu kerana ia adalah rahsia,” katanya ketika ditanya sama ada bakal penggantinya itu adalah kalangan ‘orang dalam’ BNM sendiri.

“Semua persiapan sudahpun dibuat. Saya sendiri sudah merancang untuk menulis buku,” katanya.

Ia sebagai jawapan kepada pertanyaan jika beliau ada membuat pertimbangan untuk terus menyambung khidmatnya bagi tempoh separuh penggal lagi. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori