Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Operasi Pembenihan Awan Di...

KUALA LUMPUR - Operasi pembenihan awan (OPA) di Sabah dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi...

Lelaki Hayun Kotak Bir...

IA adalah aksi yang mengejutkan apabila seorang lelaki telah menghayunkan tiga kotak tin...

Polis Tawau Tahan Doktor...

TAWAU - Polis hari ini menahan seorang doktor gigi di klinik gigi sebuah...

Sebahagian Lorong Senawang-Pedas Linggi...

SEREMBAN - Sebahagian lorong di laluan Senawang ke Pedas Linggi (arah selatan) antara...

Mati Dalam Peti Sejuk Beku

ATLANTA – Seorang pekerja maut selepas dipercayai terperangkap di dalam peti sejuk beku kira-kira 13 jam di sebuah hotel di pusat bandar di sini, kata polis.

Usaha mencari wanita itu bermula apabila dia tidak pulang ke rumah selepas habis waktu kerjanya di Westin Peachtree Plaza, sebuah bangunan pencakar langit yang terkenal kerana berbentuk silinder.

Penyiasat memeriksa pita rakaman keselamatan hotel dan percaya, wanita itu mungkin memasuki bilik sejuk beku itu sekitar jam 8 malam Isnin lalu.

Menurut polis Atlanta, Charles Hampton, mangsa ditemui selepas jam 9 pagi semalam.

Sementara itu, Pusat Pemeriksaan Perubatan Fulton County mengenal pasti wanita itu sebagai Carolyn Robinson, 61, dari East Point.

Terdapat bukti menunjukkan wanita malang cuba keluar dari peti sejuk beku, tetapi Hampton tidak mengulas lanjut apa yang membuatkan penyiasat percaya perkara itu.


“Ada beberapa cara untuk membolehkan seseorang yang berada di dalamnya keluar, namun kami tidak pasti sama ada ia berfungsi dengan baik.

“Buat masa ini, tiada unsur jenayah dikesan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori