Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Saksi Akui Minat Jadi...

KUALA LUMPUR - Datuk Amhari Efendi Nazaruddin semenangnya berhasrat untuk bekerja dengan bekas...

Pesawat Delta Ibarat Digoncang...

AKIBAT cuaca buruk yang teruk, sebuah pesawat Delta yang dalam penerbangan dari Paris ke...

Tak Kejar Populariti, Mawi...

PENYANYI Mawi memberitahu tidak pernah menjangkakan lagu duetnya bersama Syamsul Yusof, Kalah Dalam...

Cederakan Pengawal Keselamatan: Penganggur...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini...

“Abah Ditinggalkan Di Lebuh Raya Dengan Mata Tertutup”

ANAK sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mendedahkan ayahnya pernah ditinggalkan di lebuh raya dengan mata tertutup selepas dibebaskan dari ISA setelah ditahan 10 hari.

Menurutnya, Ahmad Zahid pernah ditahan mengikut ISA pada September 1998, tiga minggu selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya kepada portal Sinar Online, bapanya pada ketika pemerintahan rejim Mahathir Mohamad waktu itu ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan penyokong kuat Anwar.

“Abah pernah ditahan ISA selama 10 hari. Abah ditangkap di Sabah dan bayangkan pada waktu itu saya baharu berusia 19 tahun. Mak ada cakap kalau abah ditahan 2 minggu.

“Ini bermakna abah akan berada di dalam penjara ISA selama 2 tahun. Tetapi alhamdulillah abah dibebaskan. Itu pun mak tulis surat kepada perdana menteri (Mahathir) ketika itu.

“Abah dibebaskan di Kuala Lumpur, ditinggalkan di lebuh raya dengan mata tertutup,” katanya. Menurut Nurulhidayah, Ahmad Zahid pernah mengambil bahagian dalam protes jalanan ketika zaman Reformasi yang tercetus selepas Anwar dipecat.

“Saya sendiri pernah terlibat demonstrasi zaman Reformasi dahulu. Ketika itu umur 20 tahun dan masih ingat lagi pernah ditembak air FRU kerana berada di barisan hadapan. Habis gatal satu badan.


“Dengan laungan ‘Undur Mahathir’ saya turut dikejar oleh ejen SB sehingga seluar saya terkoyak kerana tersangkut pada pokok ketika melarikan diri ke Kompleks Daya Bumi.”

Bagaimanapun, Nurulhidayah kini berpandangan bahawa turun ke jalanan bukan kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah.

“Bila direnungkan semula, saya terasa seperti dipergunakan. Kerana itulah saya katakan bahawa demonstrasi ini tidak relevan, sebab saya pernah alami ketidak-warasan itu.

“Jadi saya tak mahu orang ramai jadi tak waras. Sepatutnya saya boleh jadi pelajar terbaik tetapi saya terlalu sibuk berpolitik ‘ntah apa-apa ntah’ ini saya telah buang banyak masa,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Cara Zahid Kenang Kezaliman ISA Zaman Tun M

Juga: Deklarasi Rakyat Tun M Mahu Kembali Rejim ISA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori