Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Bapa Simbah Anak Bongsu...

KUALA LUMPUR : Seorang bapa yang mendera anak bongsunya dengan menyimbah air panas...

Raja Farah Keguguran, Berpantang...

MEMANDANGKAN Syawal bakal tiba tidak lama lagi, pelakon dan pengacara Raja Farah tidak...

Fesyen Muslimah Tembusi Minggu...

JULUNG-JULUNG kalinya fesyen berhijab atau muslimah berjaya dipentaskan di Minggu Fesyen New York...

2 Bekas Pegawai Kanan...

KUALA LUMPUR - Dua bekas pegawai kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) didakwa...

Tak Ada Rumah, Kereta Jadi Tempat Berteduh 6 Beranak Ini

KASIHAN.. Gara-gara permohonan untuk memiliki rumah kerajaan menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) belum menerima sebarang jawapan seorang ibu dan lima anaknya terpaksa menjadikan kereta sebagai rumah mereka.

Sinar Harian melaporkan sebelum berlindung cuma dalam kereta sejak empat bulan lalu, Siti Hajar Saadon, 46, dan anak-anaknya tinggal menumpang di rumah kenalan dan saudara mara di sekitar Tanjung Kling selain pernah tinggal di rumah yang disediakan kerajaan negeri di bawah program Rumahku Syurgaku (RKSK).

Siti Hajar mendakwa sudah banyak kali pergi ke LPM untuk bertanyakan perihal rumah yang dimohon namun hingga kini belum ada respon positif diterima.

Maka mahu tak mahu dia nekad membawa anak-anak tinggal dalam kereta.

a

image2

Kereta tua tersebut pun terpaksalah berfungsi bagaikan rumah – hinggakan di dalam kereta itulah juga disumbat segala macam pakaian, makanan, ubat-ubatan serta dapur.


Tandas awam dan surau dijadikan lokasi kunjungan bila mahu mandi, buang air dan sebagainya. Siti Hajar dan anak-anaknya juga tidur tanpa mengira tempat.

Difahamkan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka yang dihubungi Sinar Harian akhirnya maklum masalah ibu ini dan sedia memberikan bantuan termasuk menyokong permohonan rumahnya selain mengusahakan bayaran deposit sebuah rumah sewa jika perlu.

Tahniah kami ucapkan kepada Pembela BN dan Sinar Harian yang membawa perkara ini ke tengah untuk pembelaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori