Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Frost ‘Kunci Mulut’ Komen...

KUALA LUMPUR - Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen mengambil...

Jangan Jual Aset Negara...

KUALA LUMPUR - Jangan jadikan bajet sebagai peluang memulihkan sokongan rakyat yang telah...

Maksiat Malam Hari Pekerja:...

JOHOR BAHRU - Seramai lapan individu termasuk dua warga Indonesia ditahan Jabatan Agama...

Pasangan Kekasih Berdepan Hukuman...

KOTA TINGGI - Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Harga Pasaran Banglo Lim Guan Eng Lebih RM2.8 Juta

GEORGE TOWN – Nilai semasa hartanah di sekitar kawasan Green Lane di sini dianggar bernilai RM400 hingga lebih RM900 sekaki persegi, bergantung kepada keadaan rumah tersebut.

Tinjauan Bernama di sekitar kawasan itu termasuk Jalan Cheeseman, Halaman Free School, Jalan Pinhorn dan Jalan Masjid Negeri mendapati kebanyakan rumah ditawarkan pada harga RM1.6 juta hingga lebih RM5.6 juta.

Ini bererti banglo berkeluasan 10,161 kaki persegi yang dibeli Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini mempunyai harga pasaran jauh lebih tinggi daripada RM2.8 juta yang dibayarnya.

Kebanyakan kediaman mewah di situ mempunyai keluasan antara 3,000 dan 6,000 kaki persegi. Jika dibahagikan mengikut kaki persegi, banglo dimiliki Guan Eng itu dijual dengan harga RM276 sekaki persegi.

Walhal harga semasa yang ditawarkan melalui laman web mudah.my untuk banglo berkembar setingkat atau rumah berkembar dua tingkat di kawasan itu ialah antara RM400 hingga lebih RM900 sekaki persegi.

Berdasarkan harga RM400 bagi satu kaki persegi ditawarkan melalui iklan di laman web itu, sebuah banglo keluasan lebih 10,000 kaki persegi akan bernilai lebih RM4 juta bergantung keadaan rumah yang ingin dijual itu.

Seorang rakan kongsi kanan syarikat penilaian berdaftar Raine & Horne, Michael Geh, berkata mengikut data transaksi jualan hartanah dari Jabatan Pernilaian Perkhidmatan Harta, hartanah di kawasan itu dijual pada harga RM2.8 juta hingga RM3.6 juta pada 2014 dan 2015.

“Walaupun nilai hartanah di kawasan itu agak mahal berbanding tempat lain namun, ia diminati pembeli kerana kawasannya agak eksklusif, kejiranannya bersih dan jalan raya tidak pula sibuk,” katanya.


Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan Fook Sing pula berkata harga di kawasan Jalan Pinhorn ini boleh mencecah lebih RM300 sekaki persegi bergantung kepada pelbagai faktor.

Beliau berkata kawasan perumahan tersebut berhampiran dengan jalan utama yang menghubungkan Jambatan Pulau Pinang dan Persiaran Gurney.

Kajian mendapati beberapa ejen hartanah negeri ini telah mengiklankan beberapa unit rumah berkembar setingkat di dalam laman web www.mudah.com.my untuk dijual pada harga lebih RM1.6 juta dengan keluasan lebih 3,000 kaki persegi.

Sebuah banglo berkembar setingkat di Jalan Pinhorn dengan keluasan 3,445 kaki persegi diiklankan di laman web itu dengan harga RM1.6 juta manakala rumah berkembar dua tingkat di Jalan Cheeseman dengan keluasan 6,257 kaki persegi pula ditawarkan pada harga RM2.2 juta.

Sebuah banglo dua tingkat dengan keluasan 4,219 kaki persegi di Halaman Free School pula mahu dijual pada harga RM3.15 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori