Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

91 Warga Asing Di...

MIRI – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 91 lelaki warga Indonesia dalam Ops...

Israel Lancar Serangan Udara...

AMMAN - Satu serangan udara oleh Tentera Israel berlaku ke atas pos kawalan...

Peneroka Felda Jengka Lapor...

MARAN - Seramai 100 peneroka Felda Jengka di sini membuat laporan polis mendakwa...

Angka Korban COVID-19 Kini...

ANGKA korban akibat COVID-19 terus meningkat.Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian global...

Orang Ramai Hanya Tengok Sahaja Duit Bertaburan

SEOUL – Seorang wanita Korea Selatan melemparkan wang tunai berjumlah 22 juta won (kira-kira RM76,720) di sebuah jalan di Dataran Seoul pada Isnin lalu.

Namun tindakan nekadnya itu, tidak sedikit pun menarik minat orang ramai yang lalu lalang di situ untuk cuba mengambil wang tersebut.

Menurut kenyataan polis tempatan, wanita berusia 56 tahun itu melemparkan wangnya sedikt demi sedikit di dataran itu sekitar jam 5 petang.

“Orang ramai di situ hanya menjadi pemerhati, mereka tidak pula cuba mengambil wang tersebut,” kata jurucakap polis tersebut.

Sementara itu, hasil penyelidikan polis, wanita yang tidak diketahui namanya itu, terdahulu telah mengeluarkan wang sebanyak 42 juta won daripada sebuah bank di Seoul.


Polis juga menyatakan bahawa tindakan wanita itu melemparkan wangnya pada hari tersebut, kerana ingin bersedekah kepada orang ramai.

“Saya bimbang dengan wang ini akan menyebabkan bekas suami saya dan anak lelaki saya akan merebut wang itu nanti,” kata wanita itu kepada polis tempatan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori