Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemerdagangan Manusia: 20 Wanita...

SHAH ALAM - Seramai 20 wanita Kemboja dan Indonesia berusia 17 hingga 40...

Gaum Buat Laporan Ke...

PUTRAJAYA - Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) hari ini membuat laporan kepada...

Polis Tak Boleh Sebarangan...

PETALING JAYA - Polis tidak boleh sebarangan memeriksa telefon bimbit orang awam melainkan...

16 Maut Dalam Serangan...

Beirut - Satu serangan bom kereta berhampiran sebuah hospital di bandar Homs semalam...

Dapatkan Lesen Khas Sebelum Tawar Pakej Umrah

ALOR GAJAH – Semua syarikat atau agensi pelancongan diingatkan sekali lagi untuk mendapatkan lesen khas daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebelum menawarkan pakej umrah bagi membendung kegiatan penipuan.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata syarikat yang tidak mendapatkan lesen khas berkenaan akan dibatalkan hak menawarkan pakej umrah.

Katanya setakat ini terdapat kira-kira 500 syarikat pelancongan berdaftar yang mengendalikan pakej umrah dan sebanyak 13 syarikat telah dibatalkan lesen mereka kerana tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Saya ingin mengingatkan syarikat atau agensi pelancongan agar mematuhi undang-undang sedia ada supaya perniagaan mereka tidak terjejas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agong Unit Peladang Melekek Luar, Alor Gajah di sini.

Pada Okt tahun lepas, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah berkata syarikat atau agensi pelancongan diwajibkan mendapatkan lesen khas bagi menawarkan pakej umrah berkuat kuasa 3 Okt tahun ini.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata pihaknya juga telah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara agar menurunkan kain rentang mengenai pakej umrah di kawasan pentadbiran mereka sekiranya ia tidak mematuhi undang-undang sedia ada.


Terdahulu dalam majlis tersebut, beliau berkata peladang dan penternak perlu merebut peluang meneroka bidang agropelancongan dan ekopelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu.

Beliau berkata usaha itu sekali gus dapat meningkatkan pendapatan dan ekonomi perladangan di negeri tersebut.

“Peladang negeri ini mempunyai hasil semula jadi yang banyak, jadi mereka perlu menggunakan peluang yang ada dengan menghasilkan produk yang lebih kreatif untuk pengunjung dan pelancong.

“Sebagai contoh, peladang boleh membina homestay berkonsepkan taman di mana pengunjung boleh melihat ternakan dan juga tanaman yang dihasilkan peladang,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • umrah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori