Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Zlatan Ibrahimovic Pacu Los...

LOS ANGELES - Aksi sulung Zlatan Ibrahimovic bersama Los Angeles Galaxy mungkin dapat...

Unit Beruniform Mampu Libat...

KOTA KINABALU - Badan beruniform seperti Persatuan Pengakap mampu melibatkan belia dalam aktiviti...

Petugas, Peserta Larian Dirempuh...

BAYAN BARU- Seorang petugas kawalan lalu lintas cedera di bahagian kepala selepas motosikal...

Mukhriz Mahathir Dicadang Letak...

Akibat tidak menyatakan pendirian terhadap kemelut antara bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana...

Inisiatif BR1M Jadi Tumpuan Antarabangsa

SIBU – Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi meringankan beban rakyat, khususnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kini mula mendapat tumpuan di peringkat antarabangsa dengan beberapa negara mula mengguna pakai kaedah sama.

Terbaharu, Kerajaan Kanada di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Pierre Trudeau turut memulakan projek rintis sama dengan memberikan cek bulanan kepada golongan kurang berkemampuan di negara berkenaan.

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, perkembangan itu jelas memperlihatkan Malaysia lebih ke hadapan dalam penyediaan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat.

“Di Malaysia, kita memberikan bantuan ini (BR1M) untuk tahun keempat dan memberi manfaat kepada lebih tujuh juta rakyat negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Warga Emas di Hotel RH, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Najib berkata, negara juga mampu melahirkan ramai individu berjaya kerana adanya polisi kerajaan yang kuat dibawa oleh kestabilan politik.

Katanya, banyak negara lain mempunyai ramai golongan intelektual tetapi mereka merayau di jalanan kerana ketiadaan kestabilan politik di negara terbabit.


“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee antara ‘produk’ boleh dibanggakan, terutama oleh rakyat di DUN Nangka kerana sangat jarang kita dapat melihat seorang pakar jantung dipilih menjadi wakil rakyat.

“Kita boleh melihat di negara lain yang mana puak radikal cuba membawa perubahan drastik di negara mereka, tetapi berakhir dengan keadaan kacau-bilau,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sama sekali berbeza kerana keupayaannya membawa transformasi dirancang secara teratur, dengan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan.

“Kerajaan BN akan terus membawa perubahan dan transformasi di negeri ini serta di seluruh negara,” katanya. – Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • BR1M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori