TEKNOGLOGI AMOLED ialah skrin terbaik untuk sebuah peranti pintar.
Selain memaparkan warna yang lebih baik, pembebasan partikel cahaya adalah lebih terang dan menjimatkan pengguna tenaga bateri.
Faktor utama ia tidak digunakan secara meluas ialah keran kos penghasilannya yang tinggi.
Oleh sebab itulah ia menjadi pilihan peranti mampu milik Android dan peranti kelas tinggi Apple bagi mengurangkan harga peranti.
Tahun lalu kos penghasilan skrin 5″ HD Penuh AMOLED ialah AS$17.10 manakala untuk LCD bersaiz sama pula ialah AS$15.70.
Harga skrin yang sama untuk suku pertama 2016 menunjukkan perbezaan harga yang mendadak.
Kos penghasilan AMOLED kini menurun ke $14.30 manakala untuk LCD pula ialah $14.60.
Pengurangan harga ini didorong oleh permintaan yang lebih tinggi dan mungkin akan menyebabkan skrin LCD tidak lagi digunakan di masa hadapan.
Ini mungkin antara sebab mengapa ura-ura mengatakan iPhone 7 kelak akan dilengkapi skrin AMOLED.
Sungguhpun begitu harga skrin AMOLED dengan resolusi QHD masih lagi mahal. Jadi pengguna harus menunggu beberapa tahun lagi sebelum skrin bersolusi tinggi ini akan mula digunakan secara meluas dan pada peranti yang tidak berspesifikasi tinggi.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: AndroidAuthority