Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 11 Tahun Antara...

MIRI - Polis menahan 19 suspek termasuk seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun...

Mengaku Guna Wang i-Sinar...

LIMBANG - Seorang lelaki yang kini bekerja sendiri mengaku menggunakan wang baru dikeluarkan...

Diboikot Kerana Lafaz Syahadah...

MASIH ingat kepada Harinder Pal Singh, lelaki yang melafazkan syahadah ketika sesi ceramah...

Turun Cukai, Naikkan Subsidi...

KUALA LUMPUR - Permintaan supaya kerajaan menurunkan kadar cukai dan pada masa yang...

Penganjur Islamic Wedding Festival Tipu 30 Model?

SEORANG pengguna Facebook melahirkan kekesalannya apabila mendakwa, ditipu oleh penganjur International Wedding Festival (IWF).

Menerusi mesej kepada page Facebook Mynewshub, Che Noraihan menceritakan bahawa dia merupakan seorang daripada 30 model yang telah diperbodohkan oleh individu tertentu demi mengaut keuntungan.

Menurutnya, mereka telah dipergunakan untuk menyampaikan pelekat dan risalah kepada orang ramai di Pantai Timur agar program IWF mendapat perhatian penduduk di sana.

Sepanjang penipuan yang dikhabarkan terjadi bermula Oktober tahun lalu itu, Che Noraihan berkata dia dan model-model lain ke hulu ke hilir mempromosikan program tersebut tanpa diberikan sebarang elaun minyak kereta mahu pun tambah nilai bagi kad prabayar.

Bagaimanapun mereka telah dijanjikan untuk terlibat dengan peragaan pentas ketika majlis IWF dan sejumlah bayaran sebaik program berakhir.

Difahamkan individu yang mengetuai kumpulan disertai Che Noraihan juga telah cuba menuntut bayaran daripada penganjur namun hasilnya mengecewakan apabila diberitahu tiada sebarang bayaran akan diberi kepada model terlibat.

Printscreen yang tersebar di Facebook gara-gara perasaan tidak puas hati pihak yang mendakwa ditipu oleh penganjur untuk melakukan kerja 'free'.
Printscreen yang tersebar di Facebook gara-gara perasaan tidak puas hati pihak yang mendakwa ditipu oleh penganjur untuk melakukan kerja ‘free’.

Selain itu, acara melibatkan peragaan model untuk IWF juga dimaklumkan batal tanpa sebarang makluman awal daripada pihak penganjur.


Berikut, antara coretan yang ditulis Che Noraihan dan beberapa rakannya yang mendakwa mereka telah ditipu oleh penganjur IWF.

tipu2

Diharapkan pihak penganjur yang dimaksudkan dapat menjernihkan semula keadaan.

Rasanya itulah saja penyelesaian terbaik agar perkara ini dapat dibaiki, atau jika jalan berunding sukar maka gunakanlah saluran undang-undang untuk menegakkan hak masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori