Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Anggota Bomba Cedera Kenderaan...

DUNGUN - Empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Al-Muktafi Billah Shah...

Remaja 18 Tahun Cabul...

CALIFORNIA - Seorang remaja yang dituduh mencabul dua kanak-kanak lelaki, akhirnya mengaku melakukan...

Sultan: Jangan Sebut Projek...

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda mahukan kerajaan negeri bergerak...

Vaksin Mampu Tangani Penularan...

DAKAR - Kementerian Kesihatan Republik Demokratik Congo (Congo) berkata, virus Ebola yang menyerang...

2 Buruh Bangla Cedera Parah Dihempap Runtuhan Konkrit

GEORGETOWN – Dua buruh lelaki warga Bangladesh cedera parah selepas dihempap runtuhan lantai konkrit bangunan kilang enam tingkat yang masih dalam pembinaan di Bayan Lepas di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kedua-dua mangsa yang berusia 30-an berada di tingkat satu dan tidak sempat menyelamatkan diri ketika lantai seberat 400 tan itu runtuh.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata seorang lagi buruh cedera ringan dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Katanya berdasarkan siasatan awal pihaknya mendapati bebanan struktur lantai berkenaan tidak dapat menampung berat rangka konkrit sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan itu.

“Dua mangsa itu cedera di kepala, belakang badan, patah kaki serta tangan dan keadaan mereka agak parah,” katanya di sini, hari ini.

Mohamad Shauki berkata bangunan kilang enam tingkat itu mengandungi tiga aras yang dikhaskan untuk kerja pengeluaran manakala selebihnya merupakan kawasan letak kenderaan.

“Sehubungan itu, pihak bomba telah mengarahkan kerja pembinaan dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai,” katanya.


Beliau berkata 14 anggota daripada beberapa balai bomba berhampiran dikejarkan ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Kita turut menutup tapak binaan selama lebih sejam bagi mencari mangsa yang kemungkinan terperangkap kerana ketika kejadian terdapat 14 buruh dan dua penyelia sedang bertugas,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja gerai berhampiran yang dikenali sebagai Heng berkata dia terkejut apabila mendengar bunyi dentuman kuat dari arah tapak binaan itu.

“Pada mulanya, saya ingatkan berlaku kemalangan jalan raya tetapi rupanya ada bangunan runtuh dan nampak pekerja di tapak binaan itu bertempiaran lari,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori