Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KPJ Diminta Pertimbang Semula...

Itu reaksi yang diberi oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor apabila berita...

Apa Yang Kami Dapat...

KUCHING - Setahun selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya, pemimpin Sarawak tidak...

Gari, Baju Lokap Ikut...

GOMBAK - Pemakaian gari dan pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak...

‘PRU15 Masa Terbaik Tamatkan...

Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah peluang terbaik bagi rakyat Perak untuk "menamatkan"...

2 Jarum Berkarat, Ditemui Dalam Perut Pesakit

WUHAN – Doktor di Hubei, China terkejut apabila menemui dua jarum dalam perut seorang lelaki yang mengadu sakit leher dan kebas di tangan kirinya.

Imbasan CT yang dilakukan di Hospital Perubatan Tradisional China Wilayah Hubei mendedahkan bahawa kedudukan jarum berubah, menunjukkan ia bergerak dalam tubuhnya.

Ini bermakna organ pesakit berdepan risiko ditusuk objek tajam.

Menurut People.cn, jarum itu juga didapati sudah berkarat dan menambah risiko jangkitan.

South China Morning Post pula melaporkan objek tajam berukuran 2 sentimeter dan 5.6 sentimeter itu dikeluarkan menerusi pembedahan ke atas lelaki berusia 43 tahun itu.


Doktor menganggarkan jarum itu berada sekurang-kurangnya dua tahun di dalam tubuh lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu berkata dia tidak tahu bagaimana jarum itu masuk ke dalam tubuhnya. – Agensi/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori