Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

200 Batu Karang Dalam...

BEIJING- Sekumpulan doktor China berjaya mengeluarkan lebih 200 batu karang di dalam pundi...

Ketua Sami Ugut Rahib...

BEIJING - Satu siasatan menyeluruh oleh lembaga keagamaan China dilancarkan semalam, susulan dakwaan...

Makan Pisang Boleh Bantu...

PISANG merupakan sumber yang baik bagi vitamin B6 yakni sejenis vitamin yang penting...

Perlu Lepasi Ujian Agama,...

KUALA TERENGGANU - Setiap calon anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi...

2 Lelaki Nepal Maut Tersepit Dalam Kereta Di Kajang

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga Nepal maut selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar batu penghadang jalan di Jalan Reko, Kajang di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.40 tengah malam tadi, kedua-dua mangsa Santa Lal Negi, 39, dan Makar Bahadur Subedi, 28, yang tersepit dalam kereta terbabit disahkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata, kereta yang dipandu mangsa terbabas melanggar penghadang sebelum terseret sejauh enam meter.

“Akibat hilang kawalan, kenderaan itu merempuh sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang tempat letak kenderaan di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.


Sehubungan itu, Willey meminta orang ramai yang melihat kejadian berkenaan, tampil memberi maklumat kepada polis.

“Pihak Kedutaan Nepal telah dimaklumkan bagi membantu mengesan waris mangsa, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori