Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Guru Tidak Divaksinasi Dibenar...

PUTRAJAYA: Guru yang tidak divaksinasi dibenar mengajar secara bersemuka di kelas dan berada...

Dicekup Melancap, Raba Wanita...

BEIJING — Akibat tidak tahan nafsu melihat punggung dua orang penumpang wanita cantik, seorang...

Anak Mat Sabu Kena...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan...

Perut Pesawat Airbus Gesel...

SAN JOSE (Costa Rica) - Sebuah pesawat dilaporkan terbang begitu rendah ketika mendarat...

2 Sahabat Dipenjara 12 Tahun Sebabkan Kematian Warga Pakistan

KUALA LUMPUR – “Kalau marah sangat sekalipun janganlah kita mengambil nyawa orang, nyawa tidak mungkin dapat diganti pada bila-bila masa,” kata hakim ketika menjatuhkan hukuman kepada dua sahabat kerana menyebabkan kematian seorang warga Pakistan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Shariff Abu Samah menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara masing-masing terhadap penghantar surat Mohamad Redzuan Azhar Palani, 22, dan jurujual S Mageswaran, 19, selepas mereka mengaku bersalah menyebabkan kematian kutu rayau, Waseem Inayat.

Hakim itu memerintahkan mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap iaitu Mohamad Redzuan pada 4 Mac 2015 dan Mageswaran pada 23 Mac 2015.

Mohd Shariff berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah sesuatu yang menjijikkan dan masyarakat mengutuk perbuatan itu serta tidak boleh bertolak ansur dengan jenayah tersebut.

“Walaupun usia masih muda dan kesalahan sudah berlaku, ingatlah bahawa pintu perubahan itu terbuka hanya sekali. Kalau kita nak berubah, kita kena berubah,” nasihat hakim itu.

Mohamd Redzuan dan Mageswaran didakwa menyebabkan kematian Waseem di hadapan kedai Rahsia Jelita, No 15, Jalan Ambar, Taman Kok Lian, Jinjang, Sentul pada 2 petang, 21 Feb 2015 mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, Mohamad Redzuan sebagai penunggang dan Mageswaran sebagai pembonceng motosikal telah terlanggar bahagian kiri belakang mangsa ketika mereka tiba di kawasan kejadian itu.

Mangsa telah menampar pipi kiri Mageswaran, kemudian berlaku pergaduhan antara mereka, dan kedua-dua tertuduh menggunakan pisau lipat dan ‘fork lock’ dalam pergaduhan itu.

Peguam N Ratnavathy yang mewakili Mohamad Redzuan berkata tertuduh yang merupakan anak sulung daripada lima beradik adalah penanggung tunggal dalam keluarganya telah insaf dengan perbuatannya.


“Ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan tidak mempunyai rekod lampau, setahun berada dalam penjara telah beri pengajaran dan keinsafan, tertuduh ingin kembali menjalani kehidupan normal bersama keluarga,” katanya.

Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu yang mewakili Mageswaran berkata anak guamnya tidak mempunyai masalah disiplin dan sentiasa memberikan kerjasama sepanjang proses siasatan berlangsung.

Katanya daripada laporan sosial yang dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menunjukkan tertuduh mempunyai hubungan yang baik dengan adik beradik dan nenek serta menghormati orang tua.

Katanya, tertuduh juga berhasrat untuk mengambil semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memperbaiki keputusannya yang lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang setimpal dengan kesalahan tertuduh untuk membentuk mereka menjadi warga berguna.

“Kejadian yang berlaku memang bukan dirancang tetapi bukan juga tidak disengajakan, mangsa mengalami banyak luka di bahagian badan dan satu tusukan yang dalam di bahagian dada telah menyebabkan kematiannya, hukuman mestilah dapat memberi keadilan kepada mangsa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori