Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Peminat Zayn Luah Kekecewaan...

PENGUMUMAN mengenai ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik menarik diri daripada menganggotai boyband...

Baru 30 Ahli Dah...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyindir...

Radhi OAG Timang Cahaya...

RADHI OAG yang sudah lama menyepi kini tampil berkongsi kisah gembira apabila isterinya...

LGE Tuduh Dulu Siasat...

1. SEMALAM Lim Guan Eng umum, siasatan dalaman mengenai duit refund GST RM19.4...

Media Sosial Bantu Pencarian ‘Bayi’ Highland Towers

PUTRAJAYA – Manfaat media sosial terbukti apabila menjadi perantara menemukan anggota bomba dengan bayi yang diselamatkan dalam tragedi Highland Towers kira-kira 23 tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata pertemuan bersejarah dengan Nur Hamidah Nadjib, 23, dan ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa media sosial.

Pertemuan ini menjadi kenyataan dengan adanya perkongisian maklumat di media sosial, di mana media sosial adalah suatu perkara yang baharu.

“Selepas tragedi itu, mereka kembali ke kampung di Surabaya dan hubungan kami terputus sejak lebih 20 tahun lalu, malah kita tidak pernah menjejaki Hamidah sehinggalah kisahnya menjadi viral di Facebook,” katanya.

bomba5
Antara petugas bomba yang terbabit dalam operasi 23 tahun lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pertemuan Hamidah dengan enam anggota bomba yang ditugaskan dalam misi menyelamat di Highland Towers di sini, hari ini.


Wan Mohd. Nor berkata, tragedi Highland Towers adalah bencana pertama dihadapi JBPM membabitkan jumlah anggota dan mangsa yang besar. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori