Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Harith Iskander ‘Lelaki Busuk’...

Harith Iskander, Raja Komedi tanah air telah bekerjasama dengan Ambi Pur Malaysia untuk...

4 Militan Maut Dalam...

RIYADH - Polis Arab Saudi menembak dua suspek militan manakala dua lagi meletupkan...

Sekatan Ke Atas Atlet...

MELBOURNE – Presiden Akuatik Dunia, Husain Al-Musallam berkata, sekatan terhadap atlet Rusia dan...

Jenazah 3 Pelajar Malaysia...

SEPANG - Jenazah tiga pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di...

Biadap, Pelukis Karikatur Perolok Ahli Politik Malaysia Sebagai Badut

SEORANG pelukis karikatur yang mendakwa dirinya aktivis, menghasilkan lakaran komik badut menyerupai wajah-wajah ahli politik di Malaysia dan membukukannya.

Tak habis di situ, Fahmi Reza bertindak mempopularkan lakaran badut menggunakan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menjadikan lukisanya itu tampalan di merata tempat hingga menjadi viral.

Perbuatan vandalism biadap yang dilakukannya itu ternyata menyusahkan pihak berkuasa yang terpaksa membersihkannya.

Gambar berkenaan ditampal di merata tempat termasuk pada papan tanda jalan raya, dinding-dinding bangunan awam dan pondok menunggu bas.

a

b

c

d

e

f


Walaupun lakaran badut menyerupai wajah Najib paling viral, Fahmi telah memperolokkan hampir kesemua ahli politik di Malaysia dengan cara amat kurang ajar.

Wajah-wajah tersebut dikompilasi dalam sebuah buku mewarna bertajuk ABC Politikus Malaysia.

abc

Antara wajah yang dilakar Fahmi termasuklah Haji Abdul Hadi Awang, Tun Mahathir dan Anwar.

Bayangkanlah sebuah buku mewarna yang sinonim dengan kanak-kanak, digunakan Fahmi untuk memperkenalkan karikatur dengan akronim yang mengelirukan dan biadap, contohnya Abdul Hadi Awang diletakkan di bawah huruf T (Tuhan/God) manakala Tun Mahathir dilukis menunjukkan jari tengah di bawah huruf D (Diktator).

Hadi Awang
Hadi Awang
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad
Najib Razak
Najib Razak
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
Wan Azizah
Wan Azizah

Menggunakan hashtag #kitasemuapenghasut Fahmi boleh diibaratkan sebagai pelukis karikatur yang cuba menjadi Banksy Malaysia dan ianya satu idea yang menarik untuk mengkritik menggunakan medium kreatif begini.

Bagaimanapun harus diingat, apa-apa pun akan hancur jika dilakukan tanpa batasan meskipun niat asalnya ingin memperjuangkan sesuatu untuk masyarakat sejagat.

Dalam kes Fahmi beliau sememangnya seorang yang berbakat tapi apabila rasional, adab dan agama diletakkan di bawah emosi yang meluap-luap seperti muzik kegemarannya, maka beliau tidak boleh marah jika tindakan undang-undang terpaksa diambil atas perbuatan melampaunya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori