PELAKON terkenal, Sharifah Sakinah yang mengalami keguguran baru-baru ini menganggap masih belum rezeki untuk dia dan suami memiliki anak buat masa ini.
Sakinah dan suami, Aliff Adha berkata mereka reda dengan ketentuan Ilahi dan bersyukur kerana walaupun sekejap, Allah telah meminjamkan nikmat itu kepada mereka.
“Saya dapat tahu keguguran dalam dua minggu lepas. Kandungan itu masih di peringkat awal kehamilan.
“Saya dan suami menerima ketentuan yang tertulis ini dengan reda. Kami bersyukur dipinjamkan nikmat itu walaupun sekejap sahaja,” kata Sakinah yang menganggap ianya kenangan indah buat mereka.
Tambahnya, doktor memaklumkan bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan keguguran tersebut. – MYNEWSHUB.CC