ANZALNA Nasir berkata, dia bukanlah seperti wanita dan selebriti lain yang terlalu mengambil berat tentang penjagaan dan kecantikan wajah.
Menurut pelakon jelita ini dia lebih suka berhabis wang untuk membeli baju, beg tangan dan pelbagai aksesori kerana barangan tersebut terlihat di hadapan mata berbanding barangan penjagaan wajah.
“Saya akur kerja sebagai pelakon memerlukan saya menjaga wajah dan penampilan diri, tetapi saya bukan seorang yang menjaga kecantikan. Saya malas untuk memakai pelembab muka dan sebagainya,” kata Anzalna.
“Untuk saya membelanjakan wang demi kecantikan adalah perkara yang agak sukar, kerana saya lebih suka berbelanja membeli barang yang nampak hasilnya.
“Kulit saya juga sensitif jika mengenakan solekan untuk jangka masa lama jadi saya lebih hati-hati dan berbelanja mengikut keperluan sahaja bila berkaitan wajah,” katanya lagi.
Menyentuh tentang karier Anzalna menjelaskan, dia kini memilih untuk memberi keutamaan kepada suami, Hanif Zaki dan rumah tangganya. -MYNEWSHUB.CC